Friday, November 20, 2009

Are we going to finish strong?

Bismillahirrahminarrahim...



It matters how are we going to finish...

Ya ALlah, berilah kami kekuatanMu, Allahu Qawiyy
Berilah kami kekuatan untuk terus sujud kepadaMu,
Kekuatan untuk terus membaca kalimah suciMu dan mengamalkanNya,
Berilah kami kekuatan untuk terus tsabat di jalan ini..
Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menghidupkan kami dalam nikmat Islam,
Engkau matilah kami dalam Islam dan Iman...
Berikan kami kekuatan Ya Allah...

Jodoh ketentuan Illahi

bismillahirrahmanirrahim..

" Kak yanti bila lagi nak kawen?"..Saya hanya tersenyum, tersenyum kerana tidak ada jawapannya..

Abu 'Abd al-Rahman 'Abdullah bin Mas'ud, radiyallahu 'anhu, reported: The Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, the most truthful, the most trusted, told us:

"Verily the creation of any one of you takes place when he is assembled in his mother's womb; for forty days he is as a drop of fluid, then it becomes a clot for a similar period. Thereafter, it is a lump looking like it has been chewed for a similar period. Then an angel is sent to him, who breathes the ruh (spirit) into him. This Angel is commanded to write Four decrees: that he writes down his provision (rizq), his life span, his deeds, and whether he will be among the wretched or the blessed.

I swear by Allah - there is no God but He - one of you may perform the deeds of the people of Paradise till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will outstrip him so that he performs the deeds of the people of the Hell Fire; one of you may perform the deeds of the people of the Hell Fire, till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will overtake him so that he performs the deeds of the people of Paradise and enters therein."

[Al-Bukhari & Muslim]


Bila saya nak kahwin? ..

Rahsia,

Ya, rahsia Illahi, Tuhan yang mengaturkan segalanya dengan sempurna..

Jodoh,cepat ataupun lambat, ketetapan Illahi, only time can tell, insyaallah..Segalanya tersusun indah di lauh mahfuz, tanpa cacat cela. Seandainya apa yang dirancang tidak kesampaian, usah dikesali, usah di tangisi. Allahkan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Buat mereka yang sedang bahagia melayari bahtera rumahtangga..doa saya agar cinta kalian membawa ke syurga Illahi. Semoga menjadi pasangan dan kurniakan zuriat yang 'qurratul a'in', insyaallah..

Memang benar, hidup 'berdua, banyak manisnya (tak kurang juga pahitnya :p), pahala beribadah pun berganda..tapi hidup 'secara solo' pun indah dan penuh makna..Hargai setiap detik kehidupan. Tunaikan tanggungjawab yang terpikul di bahu dan apa yang lebih penting.. ENJOY YOUR SINGLE LIFE :)!!!!!!!!!!!!!

Pada masa yang sama, fokuskan kepada 'menjadi' bukan sekadar 'mencari'. Tarbiyah diri dalam hal - hal pengurusan rumahtangga, biar jadi menantu kesayangan :)(bak kata ma)..

Doakan yang terbaik, jangan doa sipi - sipi..Doalah apa sahaja untuk kebaikan dunia dan akhirat, hatta agar dicepatkan jodoh, tapi hamba yang meminta pada Ya Rabb harus sedar bahawa percaturan Allah itu tak sama seperti percaturan manusia. Doalah dengan penuh pengharapan, kerana ALlah itu Maha Pemberi Rezeki...

Tuesday, October 13, 2009

kejayaan yang sebenar ...

Bismillahirrahmanirrahim...

" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. " (Ali Imran: 104)

Sungguh, bukanlah kejayaan itu pada banyaknya harta dan wang ringgit, bukan pada besarnya mahligai di dunia, bukan pada tingginya pangkat dan kerjaya..kesungguhan dan istiqamah kita dalam melalukan amar ma'ruf dan nahi mungkar adalah erti kejayaan yang hakiki, kejayaan pada nilaian neraca Islam, kejayaan di sisi Allah s.w.t. Apa lagi yang kita dambakan andai bukan kejayaan yang diiktiraf oleh Allah. Biar apapun jalan yang kamu pilih dan lalui, tetapkanlah hati untuk terus menyeru kepada kebajikan.

Sungguh, jalan dakwah ini tidak dibentangi dengan permaidani tapi jalan yang menguji pengembaranya. Kuatkan kesabaran dan semangat, insyaallah, kunci kejayaan. Pohonlah kekuatan daripada Allah dengan jalan sabar dan solat. Sematkan di dalam jiwa, nasihat Luqmanul Hakim, semoga kita tidak tersungkur rebah sebelum sampai ke destinasi yang di tuju(syurga)...

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan” [Luqman 31: 17]

Usah berputus asa andai kata - kata dan seruanmu tidak didengari. Sungguh, Allah tidak akan menyoal manusia pada hari akhirat kenapa kamu tidak beroleh kemenangan, tetapi Allah akan menyoal mengapa kamu tidak berjihad. Allah juga tidak akan menyoal kenapa kamu tidak berjaya, tetapi Allah akan menyoal kenapa kamu tidak bekerja. Hidayah itu milik Allah, dikurniakan kepada hamba - hamba yang dikehendakiNya. Biar apapun yang kau perolehi di sepanjang jalan dakwah ini, pahit ataupun manis, teruskanlah memberi peringatan!

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” [al-Ghasyiah 88: 21-22]

Tsabbit quluubana, Ya Allah!

I can't keep my eyes on you luvs


Saturday, October 10, 2009

sumber kekuatan...

Bismillahirrahmanirrahim......

Wahai orang yang berselimut!.

Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. (Al Muzammil: 1-10)

Every single word is well put....

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


Al Muzammil: ayat 20

Saturday, October 3, 2009

U make me cry..





che sue rindu kalian...

Tuesday, September 29, 2009

kesayangan kita semua :)






Bismillahirrahmanirrahim...

Jaja, kakak, debek, bulat and izzat..Yes, they are our loves..

Alhamdulillah, terubat rindu di hati..Insyaallah, tahun depan kite jumpe lagi..

Ya Allah, peliharalah mereka dalam nikmat islam dan iman..

Love,
Che sue :)

Sunday, September 27, 2009

What a waste!!!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Vaksin percuma cegah kanser rahim

Oleh Rohani Ibrahim
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Mulai tahun depan, seramai 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberi suntikan pelalian Human Papillomavirus (HPV) bagi mencegah penularan kanser pangkal rahim.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemberian vaksin berkenaan adalah di bawah Program Pelalian HPV yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini dan melibatkan kos RM150 juta setahun.

“Kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua yang kerap berlaku di kalangan wanita di negara ini selepas kanser payu dara. Kementerian Kesihatan berharap Program Pelalian HPV akan berjaya mencegah penyakit berkenaan pada masa akan datang.

‘‘Pelalian tiga dos HPV itu kemungkinan besar akan diberikan di sekolah. Maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Program Pelalian HPV masih belum siap sepenuhnya,’’ katanya di sini hari ini.

Tiong Lai berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan kempen Kesedaran Kesihatan anjuran Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini hari ini.

Jelas beliau, vaksin berkenaan akan diberikan di sekolah-sekolah bagi memudahkan dos kedua dan ketiga diberikan kepada remaja perempuan yang terlibat.

‘‘Dos kedua akan diberikan selepas sebulan atau dua bulan dos pertama diberikan, manakala dos ketiga akan diberikan selepas enam bulan tarikh dos pertama.

‘‘Jika vaksin berkenaan diberikan di klinik dan hospital, berkemungkinan remaja berkenaan tidak datang semula untuk mendapatkan dos susulan masing-masing. Oleh itu, lebih baik ia diberikan di sekolah sahaja,’’ katanya.

Tambah Tiong Lai, Itali, Australia, Perancis dan Taiwan sudah memulakan program vaksin seumpama ini untuk remaja perempuan berusia 11 dan 14 tahun iaitu sebelum mereka mula melakukan hubungan seks.

‘‘Kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 menganggarkan kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk merawat pesakit kanser pangkal rahim atau kanser serviks di seluruh negara ialah RM382 juta setahun.

‘‘Jadi, kerajaan memilih untuk mencegah daripada merawat,’’ katanya.

Jelas Tiong Lai, vaksin pencegah kanser pangkal rahim berkenaan hanya perlu diambil sekali dalam seumur hidup.

‘‘Keberkesanannya dalam mencegah penularan kanser pangkal rahim jenis 16 dan 18 adalah sehingga 98 peratus.

‘‘Ia mampu mengurangkan risiko kanser tersebut sehingga 70 peratus. Vaksin ini sudah berada di pasaran pada masa ini, namun harganya agak tinggi iaitu RM1,200 untuk tiga dos,’ jelasnya.

Kata Tiong Lai, selepas pembelian meluas vaksin HPV untuk remaja perempuan tahun depan kerajaan akan berunding dengan pembekal vaksin untuk menurunkan harga HPV kepada sekitar RM500.

‘‘Biarpun vaksin pencegahan kanser pangkal rahim sudah berada di pasaran, golongan wanita masih digalakkan menjalankan pemeriksaan Pap Smear.

‘‘Ini kerana pelalian HPV mencegah kanser pangkal rahim, tetapi Pap Smear mampu mengesan kanser berkenaan di peringkat awal lagi,’’ jelasnya.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA yang juga Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun yang turut hadir pada majlis itu mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk berunding bagi membantu mengurangkan harga vaksin HPV di pasaran.

------------------------------------------------------------------------------------
My two cents,
1. This is such a waste. u don't even need a vaccine (so called gardasil) to prevent this. Just stay away from multiple partners and sex before marriage. Hey, 150 million per year is not cheap tho and it is not the gov's money, it's the people's money!!!!!

2. Though the minister said that it is not a license to do sex as many as u can and with anybody that u like, yes, people will definitely feel that this is the green light.

3. Now I believe that he(the Minister0 is not a medical doctor. Abah told me that he is actually not a medical doctor, but i wasn't so sure, because i think it is so 'tok cidik'(as what the Americans say) to appoint someone who is not a doctor to be the Minister of Health.

4. I do think this idea sounds very racist especially when the rate of cervical cancer id the highest among the Chinese in Malaysia..huhu. But to all the Muslims who unfortunately have this cancer, my condolences to you. Do and please remember, that this is a part from the 'reward' from Lord, The Almighty for He remind us to stay away from zina...

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" (Al isra': ayat 32)

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An Nur: ayat 30 -31)


Ya Allah, biarlah tak jadi idea pelik ni........

Saturday, September 19, 2009

Eid mubarak..

Bismillahirrahmanirrahim..

ALlahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, hari ini hari kemenangan. Kemenangan melawan diri daripada lapar dan dahaga. Melawan hawa nafsu daripada segala perbuatan keji dan mungkar. Insyaallah, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t. Usah dipersiakan segala kebaikan di bulan Ramadhan serta teruskn momentum untuk beribadah kepada Allah s.w.t di bulan - bulan yang akan datang. Biarlah hari - hari yang dilalui sentiasa dalam kemanisan iman dan amal..

Alhamdulillah, pagi 1 syawal kita semua berkumpul menunaikan solat Aidil Fitri. Semua bergembira, si kecil gembira dengan baju baru, ukhwah islamiyah dieratkan tanpa mengira warna kulit, dan apa yang lebih indah adalah ketaatan kita kepada ALlah. Kita sama - sama bertakbir dan bertahmid memuji ALlah, diingatkan pula dengan khutbah yang disampaikan oleh Imam. Sedikit perkongsian daripada khutbah yang di sampaikan oleh Sheikh Khaleed, bahawa sesungguhnya Syawal ini adalah bulan kita mengingati dan bersyukur kepada ALlah. Pagi 1 syawal kita penuhi dengan takbir membesarkan Allah s.w.t. Sesungguhnya, bersyukurlah kepada ALLah s.w.t dalam senang mahupun susah kerana ALlah tidak akan membebani kita dengan apa yang tidak mampu kita memikulnya.



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Eid Mubarak kepada semua muslimin dan musliat. Insyaallah, semoga ALlah mengurniakan kebaikan kepada kita semua pada setiap tahun. Maafkan segala salah dan silap. Semoga ukhwah islamiyyah antara kita semakin kukuh keranaNYa. Semoga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan yang akan datang dalam kebaikan, Insyaallah.

Buat ma dan abah serta keluarga di desa tercinta, salam sayang dari adik di Eire. Tahun ni genap 5 tahun adik beraya jauh daripada keluarga. Sedih dan rasa nak terbang pulang, tapi perasaan itulah insyaallah menjadi kekuatan untuk adik meneruskan cita - cita dan harapan keluarga. Walaupun jauh di mata, kita semua dekat di dalam doa dna ingatan di hati. Segala pengorbanan keluarga tak akan adik persiakan. Insyaallah, adik yakin kita sekeluarga dapat berkumpul suatu masa nanti. Berkumpul dalam rahmat dan kasih sayang Illahi.



Semoga Allah terus memberikan kita kekuatan untuk beribadah kepadaNya. Jangan lupa untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Besar ganjarannya!

“Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)


Eid mubarak :)

Wednesday, September 16, 2009

Tazkirah buat diri..

Bismillahirrahmanirrahim....

Kenapa kita mesti merasa lemah sedangkan kita sentiasa di jaga dan meminta pada ALlah yang tidak dapat dilemahkan oleh segala sesuatu..

Allahu Qawiyy..

Allahu Akbar..



La tahzan, Allaha ma'ana...

Sunday, September 6, 2009

Rain, rain don't go away!!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Rain, rain don't go away, for you are such a great gift to us, bringing serenity and blessing to my life...

"Who hath appointed the earth a resting-place for you, and the sky a canopy; and causeth water to pour down from the sky, thereby producing fruits as food for you. And do not set up rivals to Allah when ye know (better)"

"Lo! In the creation of the heavens and the earth, and the difference of night and day, and the ships which run upon the sea with that which is of use to men, and the water which Allah sendeth down from the sky, thereby reviving the earth after its death, and dispersing all kinds of beasts therein, and (in) the ordinance of the winds, and the clouds obedient between heaven and earth: are signs (of Allah's Sovereignty) for people who have sense." (Al baqarah: 22 & 164)


Rain, rain don't go away. You remind me that this life is not an eternal one. Indeed, the hereafter lasts forever and we all shall face it.

"And He it is Who sendeth the winds as tidings heralding His mercy, till, when they bear a cloud heavy (with rain), We lead it to a dead land, and then cause water to descend thereon and thereby bring forth fruits of every kind. Thus bring We forth the dead. Haply ye may remember." (al a'raf: 57)


Rain, rain don't go away..You strengthen us and make us pure from the sin..

"When He made the slumber fall upon you as a reassurance from him and sent down water from the sky upon you, that thereby He might purify you, and remove from you the fear of Satan, and make strong your hearts and firm (your) feet thereby" (Al anfal: 11)


All praises to Allah, the Most Giver. Lord, don't stop bringing down the rain to us!

Thursday, September 3, 2009

Inspirational Quotes...

Bismillahirahmanirrahim..

Saya suka membaca, terutamanya 'short stories and true life stories', not a novel. Chicken Soup of the Soul adalah buku yang sering saya baca. Tapi disebabkan harganya yang agak mahal serta mem'priority' wang yang ada, saya tidak lagi membeli buku tersebut. Tapi tidak bermakna saya sudah meninggalkan buku tersebut. Dunia sekarang canggih, everything is at our fingertips. Caranya mudah, hanya perlu regsiter untuk free daily email di laman web Chickensoup, dan satu cerita akan dihantarkan ke emel anda setiap hari dengan percuma =). Saya berharap agar kisah kehidupan saya yang akan di kongsikan di dalam buku terbut, insyaallah. Saya kongsikan di sini beberapa inspritional quotes yang dihantar ke emel saya..Thanx Chickensoup..

1. Claim Your Happiness - Jane Fonda

“It's never too late... never too late to start over, never too late to be happy.”


2. Make a Commitment - Jenny Craig

"It's not what you do once in a while, it's what you do day in and day out that makes the difference."


3. Be a Leader and Light-Bearer —Margaret Fuller

"If you have knowledge, let others light their candles in it."





4. Seek to Improve Self-Esteem - Eleanor Roosevelt

"Remember no one can make you feel inferior without your consent."




5. Adjust Your Attitude as Needed - Martha Washington

"I've learned from experience that the greater part of our happiness or misery depends on our dispositions and not on our circumstances."




6. Embrace Personal Power - Alice Walker

"The most common way people give up their power is by thinking they don't have any."




7. Exercise Courage - Ruth Gordon

"Courage is like a muscle. We strengthen it with use."



8. Keep on Growing - Gail Sheehy

"If we don't change, we don't grow.
If we don't grow, we are not really living.
Growth demands a temporary surrender of security."



9. Express Gratitude - Oprah Winfrey

"If you look at what you have in life,
You'll always have more.
If you look at what you don't have in life,
You'll never have enough."



10. Reach for Greatness - Emily Dickinson

"We never know how high we are
Till we are called to rise;
And then, if we are true to plan,
Our statures touch the skies."



11. Listen to the Small, Still Voice Within - Sarah Ban Breathnach

"Our deepest wishes are whispers of our authentic selves.
We must learn to respect them.
We must learn to listen."



12. Respect the Power of Your Word - Sonia Croquette

"Your own words are the bricks and mortar
of the dreams you want to realize.
Your words are the greatest power you have.
The words you choose and their use establish the life you experience."



13. We Must Keep Dreaming - Anais Nin

"Dreams are necessary to life."



14. Learn to Trust Your Soul - Caroline Myss

"The soul always knows what to do to heal itself. The challenge is to silence the mind."



15. It's Okay to be a Beginner - Barbara Sher

"You can learn new things at any time in your life if you're willing to be a beginner. If you actually learn to like being a beginner, the whole world opens up to you."



16. Be Open to Innovation - Rear Admiral Grace Hopper

"The most damaging phrase in the language is: 'It's always been done that way.'"



17. Make the Best Our of Life - Grandma Moses

"Life is what we make it, always has been, always will be."





SUMBER

Tazkirah buat diri..

Bismillahirrahmanirrahim....

1. Berbuat baiklah sentiasa. Pesan Imam Hassan Al Banna, jadilah kita seperti pokok yang berbuah lebat. Dilempar batu, dibalasi buah yang ranum. Insyaallah, setiap kebaikan itu pasti ada balasannya di sisi Allah. Bersabarlah dengan kesabaran yang baik.

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat." (Surah Fussilat: ayat 34 - 35)

Buat baik berpada - pada, buat jahat jangan sekali. Pesan nenek moyang jangan dilupa!



2. "When you didn't get what you want, it is the experience that you get."
Prof Randy Pausch

Tidak salah menaruh impian dan bercita - cita. Berusahalah dengan gigih bagi mencapai apa yang dihajati. Insyaallah, Allah tidak akan mempersiakan usahamu itu. Namun, seandainya usaha itu tidak membuahkan hasil yang di ingini, usah kecewa. Percayalah bahawa pengalaman kamu dalam mencapai cita - cita itu pasti berharga buat bekalan masa hadapan. Sungguh, tidaklah Allah menciptakan sesuatu itu sia - sia. Semuanya di dalam hikmah dan kebijaksanaanNya.



3. Takutkan Allah mengatasi segalanya.
Nak jemur baju kat luar rumah. Malas nak tukar baju lengan panjang dan pakai tudung. Jenguk ke tepi tingkap. OK, tak ada orang. Keluar sekejapje, tak ada orang tengoknye. Ye, memang tak ada orang yang tengok, tapi Allah s.w.t yang Maha Melihat dan tidak pernah tidur itu sentiasa memerhatikan kita. Mentaati Allah bukanlah untuk pandangan manusia, tapi mentaati Allah kerana untuk mencari redhaNya.

I say these to myself first............

Wednesday, August 26, 2009

Dunia tak ber'template'

Bismillahirrahmanirrahim..

"You never know what you can do until you try.."

"Kalau korang nak saya pegang jawatan apa - apa, insyaallah bolehje, asalkan bukan jadi setiausaha" jawab saya sewaktu di sekolah dulu ketika ditawarkan jawatan dalam Persatuan Bahasa Perancis.

"Kenapa taknak jadi SU? orang baruje nak lantik jadi SU,"

"Tak nak jadi SU. Jawatan tu 'skema'. Kena tulis report, buat minit, saya tak pandai dan saya lemah 'berbahasa'(lemah dalam penulisan terutamanya penulisan formal)"

Saya bukan memberikan alasan tetapi, saya akui memang saya lemah berbahasa terutamanya menyusun ayat - ayat formal. Tak kiralah dalam bahasa apa jua sekalipun.

Ireland bumi tarbiyah..
"Yanti jadi SU boleh?" offer seorang senior kepada saya.

"Ha, SU? Tak ada jawatan lainke kak? Saya lemah sikit bab -bab kerja SU ni"

"Bolehla Yanti, kami dah tak ade orang lain dah ni. Awak bolehnye"

"Bolehlah kak, redahje lah," Akhirnya saya bersetuju menjadi SU (for the first time ever), walaupun saya tidak yakin saya dapat memikul tanggungjawab itu dengan baik kerana lemahnya saya dalam 'berbahasa'. Mungkin inilah jalan yang Allah tunjukkan kepada saya untuk memperbaiki kelemahan diri.

Mula - mula tu memang agak sukar. Penat memikirkan ayat dan banyak juga report yang nak disiapkan Tapi, ALhamdulillah, lama - kelamaan, the task gets easier. Practice makes perfect =). Rupa - rupanya, boleh sahaja saya menulis report and my 'formal writing' improves (a lil bit). Siapa sangka, akhirnya saya menjadi SU untuk 2 tahun berturut - turut.

Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari sepanjang 2 tahun memegang jawatan tersebut. Terima kasih dan jazakumullah kepada sahabat - sahabat yang banyak membantu. Terima kasih juga kepada 'encik template'(baca orang yang menyediakan template untuk report yang perlu ditulis). Yes, saya akui memang 'template' sangat memudahkan saya membuat report. Semuanya seragam, sedap mata memandang. Kemas dan tersusun.

"Kan best kalau hidup ni ada template. Semua kemas, cantik dan tersusun. Semuanya ketawa dan gembira. Jalan hidup lurusje, tak ada yang bengkok dan berliku".

TAPI "DUNIA TIDAK BERTEMPLATE".
Mengandaikan setiap manusia di bumi ini seperti setiap report yang ditulis, kemas, cantik dan bertemplate adalah tidak adil.

Abu 'Abd al-Rahman 'Abdullah bin Mas'ud, radiyallahu 'anhu, reported: The Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, the most truthful, the most trusted, told us:

"Verily the creation of any one of you takes place when he is assembled in his mother's womb; for forty days he is as a drop of fluid, then it becomes a clot for a similar period. Thereafter, it is a lump looking like it has been chewed for a similar period. Then an angel is sent to him, who breathes the ruh (spirit) into him. This Angel is commanded to write Four decrees: that he writes down his provision (rizq), his life span, his deeds, and whether he will be among the wretched or the blessed.

I swear by Allah - there is no God but He - one of you may perform the deeds of the people of Paradise till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will outstrip him so that he performs the deeds of the people of the Hell Fire; one of you may perform the deeds of the people of the Hell Fire, till there is naught but an arm's length between him and it, when that which has been written will overtake him so that he performs the deeds of the people of Paradise and enters therein."

[Al-Bukhari & Muslim]

YE, "DUNIA NI TAK ADA TEMPLATE".. Allah s.w.t yang Maha Bijaksana tidak menjadikan nasib semua makhlukNya sama belaka.

Ada yang Allah jadikan kulitnya putih, ada yang sawo matang, ada yang hitam manis. Ada yang mudah menggapai impian hidup, segala yang dirancang menjadi. Tapi ada juga yang hidupnya serba tidak menjadi (nauzubillah).Hidup sukar ataupun mudah, segalanya telah Allah tetapkan, tertulis rapi di dalam KitabNya (Lauh Mahfuzd) semenjak kita di alam rahim lagi.

"Kalau macam tu, buat ape bersusah payah berusaha? Tunggu sahaja ketentuan Allah itu terjadi. Kita ussaha ke, tak usaha ke, the outcome is still the same"

"Memang benar Qadho' Allah berjalan mengikut Qadarnya. Lupakah kita pada rukun iman yang kita hafal semnjak kecil lagi? (Tulah, iman letaknya di hati, bukannya di mulut) .Tapi, tahukah kita apa yang telah Allah tetapkan untuk kita semua? Pahit atau manis perjalanan hidup ini?"

Tak, kita tidak mengetahui semua itu. Tidak akan pernah kita ketahui, kecuali yang diberikan 'karomah' oleh Allah. Tapi sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang. Kita tidak akan disoal akan rencana Allah di akhirat kelak, tetapi kita akan disoal akan perbuatan yang kita lakukan. Allah mungkin memberikan kedukaan, tapi bukan dengan kedukaan itu Tuhan membalas. Tetapi kita di ganjari dengan apa yang kita usahakan.Insyaallah, the better we do, the better we get.


Hakikatnya, Allah tidak menciptakan semuanya sama belaka, tiada template. Lurus mahupun berliku jalan hidup ini adalah ujian daripada Allah. Ujian untuk menguji amalan kita.

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" (Al Mulk: ayat 2)

Hadapilah kehidupan dengan senyuman dan kekuatan yang dipohon daripada Allah. Berusahalah tanpa mengenal putus asa. Usah dicemburui pada kejayaan dan kemanisan hidup orang lain. Insyaallah, nanti giliran kita pula. Kalau bukan hari ni, insyaallah esok atau lusa. Kalau bukan di dunia, Insyaallah di akhirat kelak =).
Percayalah, bahawa sesungguhnya rencana Allah itulah yang terbaik walaupun kita tidak memyukainya.

Kerja Tuhan siapa yang tahu?

Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh

Bismillahirrahmanirrahim..

"Apelah along ni, blaja kat negeri miskin,". Itulah kata - kata yang sering saya ucapkan setiap kali Along (my only big bro) pulang bercuti daripada UITM Kem Kijang, Kelantan.

"Mane adik tau negeri tu miskin? Nanti dapat blaja kat situ baru tau,"

"Ee, tak nak,"

3 tahun Along di KELANTAN, belajar dalam bidang accountancy sebelum melanjutkan pelajaran ke Stirling, Scotland. Along ke UITM semasa saya berusia 7 tahun.

KELANTAN..Itulah negeri yang saya katakan miskin. Kali pertama saya ke Kelantan adalah ketika menghantar Along ke UITM. Kami tidak sempat untuk meronda - ronda di bandar KB, hanya sempat berkunjung ke Taman Buaya. Saya sendiri tidak pasti kenapa saya memberi title 'miskin' kepada negeri 'Serambi Mekah' tersebut. Mungkin kerana negeri Kelantan adalah satu - satunya negeri yang dikuasai oleh parti berlambang bulan(ketika itu). Guess, i was so unfair at that time, judging a place without even knowing it.

................................

Semasa tingkatan 1, kakcik mendapat tawaran ke SESMA (sebuah SBP di Terengganu) dan abah pula dilantik menjadi AJK PIBG di sekolah tersebut.

"Bila dah kakak masuk SBP, adik dia pun kenalah masuk SBP," begitulah kata- kata yang sering di ulang - ulang oleh Ma dan Abah semenjak kakcik ke SBP.

Tak semena - mena saya yang menjadi mangsa. Jujur saya katakan, saya tidak berminat ke tiga jenis sekolah; sekolah berasrama(alasan: sayang nak tinggalkan rumah), girl's school (alasan: bosan, nanti tak ada kawan nak cakap pasal bola) dan sekolah agama (alasan: tak nak belajar bahasa Arab). Tapi, saya hanya berdiam diri. Tidak mahu mengecewakan ma dan abah.
"Tengoklah, nanti dah UPSR, dapat 5A bolehlah pergi SBP,kalo tak.." itulah jawapan yang saya berikan. Demi menghormati kehendak ma dan abah.

Alhamdulillah, saya mendapat 5A dalam UPSR. Beberapa bulan selepas itu, saya menerima sepucuk surat. Siapalah yang bagi surat ni? Maklumlah selama ni jarang - jarang sekali dapat surat.

Saya membuka surat tersebut..

Ya, tawaran ke SBP, Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh..
"Kat mana sekolah ni?" saya berkata sewaktu melihat heading surat tawaran..

"Haaaaaaaaa, Kelantan! Tak ada sekolah lain dahke?"

Saya sedih membaca surat tersebut (Tak macam orang lain). Sedih sebab saya taknak ke SBP dan sedih kerana sekolah tersebut di Kelantan. Along gelak sakan mendapat tahu berita tersebut. Hujung minggu itu, kami melawat kakcik di SESMA. Abah berjumpa dengan pengetua SESMA dan memberitahu tentang tawaran yang saya terima.

"Baguslah dapat SBP. Sekolah baru tu, baru buka tahun ni. Sekolah perempuan semua.Nak blaja kat kelantan ke? Mari sekolah sini la senang. Sekali dengan kakak. Kalau nak tukar sekolah, saya boleh tolong cakap dengan kementerian," kata pengetua SESMA dalam loghat kelantan beliau.

Haaaaaaaaaaaa! Sekolah tu girls schoolke? Sekali lagi saya terkejut dan sedih. Dahla kat kelantan, girls school pulak tu.

"Eh, takpelah, biar dia duduk jauh sikit. Bagus jugak sekolah kat kelantan. Sekali - sekala boleh kami pergi ke kelantan," Abah menjawab pelawaan daripada pengetua tersebut.

Saya hanya membisu. Sedih dan agak marah. Sedih kerana hati saya menjerit - menjerit menerima pelawaan pengetua tersebut, tapi malangnya, abah yang menjawab untuk pihak saya.

8 Mac 1998.
Akhirnya, hari yang saya 'nantikan' tiba jua. Saya sedih meninggalkan rumah. Hanya Ma, abah dan Tok (nenek saudara) yang menghantar saya ke sekolah tersebut. Saya hanya diam membisu sepanjang perjalanan yang memakan masa 2 jam setengah. Ikutkan hati, nak je saya menangis dan merayu ma supaya berpatah semula ke Terengganu.

Kami tiba di sekolah pada jam 12 tengah hari. Sekali lagi saya terkejut. Ni sekolah ke atau padang jarak padang tekukur? Segalanya kering kontang, rumput yang baru ditanam pun hampir mati, yang tegak hanyalah bangunan batu. Saya sedih lebih - lebih lagi mengingatkan halaman rumah yang menghijau dan penuh dengan pokok bunga yang ditanam oleh abah. Takpelah Yanti. Asalkan ma dan abah gembira. Saya cuba memujuk hati yang sedih.

Selesai pendaftaran, kami ke dorm dan ada sedikit taklimat. Jam 3 petang, ma dan abah meninggalkan saya di tempat baru bersama rakan - rakan baru yang majoritinya orang kelantan. And of course, saya menangis ketika bersalam dengan ma dan abah. Sedih kerana itulah pertama kali saya berjauhan dengan ma dan abah. Sedih kerana tidak dapat lagi mencium tangan ma setiap kali ke sekolah seperti yang biasa saya lakukan dirumah. Hidup berjauhan mengajar saya untuk menghargai erti rindu dan menghargai kasih sayang ma dan abah. Jauh di mata tapi dekat dihati. Ma dan abah sentiasa bersama saya walaupun ke mana saya pergi. Semenjak saya ke asrama, gambar ma dan abah saya letakkan di dalam wallet, walaupun sudah beberapa kali saya menukar wallet, gambar mereka masih saya simpan (that's the 1st thing you see when u open my wallet. Insyaalah, gambar mereka akan kekal disitu,selagi saya tetap bernyawa.

Bermulalah kehidupan saya di SMSPP. Saya tidak banyak bercakap pada mulanya. Yelah, tak faham sangat bahasa kelantan. Saya ingat lagi ketika kali pertama saya bertanyakan maksud perkataan 'deghak' (maksud: keluar berjalan - jalan), ramai juga yang ketawa.

Saya dan kawan - kawan adalah pioneer SMSPP. Pada tahun pertama, hanya ada pelajar tingkatan 1 dan 4. Sekolah baru, semua benda pun baru. Kamilah yang merasmikan meja, katil, tilam, bantal dan segalanya. Segalanya baru tapi SERBA KEKURANGAN. Lab pun tidak cukup kelengkapan. Banyak eksperimen yang tidak dapat dijalankan.Kami hanya belajar teori semata - mata. Worse than that, tidak ada 1 pun pondok telefon di sekolah tersebut. Ibu bapa yang ingin menyampaikan apa - apa pesanan kepada anak - anak, hendaklah menghubungi kerani sekolah dan meninggalkan pesanan tersebut. Dua bulan selepas itu, barulah ada 2 pondok telefon yang diletakkan.

Setiap pelajar tingkatan 1 di SBP dikehendaki mengambil subjek bahasa asing. Kami juga tidak terkecuali. Sebelum mendaftarkan diri, saya memang dah berangan nak ambil subjek bahasa perancis sebab kakcikpun belajar subjek tu di SESMA. Nanti bolehlah borak dengan kakcik =). Tapi malangnya, hanya ada cikgu bahasa arab di SMSPP. Maka, semua pelajar Tingkatan 1 diwajibkan mengambil subjek Bahasa Arab. Again, I had no choice. Belajar sajalah, asalkan pass exam. Apa yang saya taknak, itulah yang saya dapat. Haish..

Setiap tahun di SMSPP pasti ada kisahnya tersendiri..Tapi sepanjang 5 tahun saya di SMSPP, kisah yang tak pernah berakhir adalah masalah bekalan air..Ye, memang hampir setiap bulan tidak ada air di sekolah. Penat bangun pagi mencari air, membawa baldi dan toiletries ke sekolah. Kadang tu sampai berebut - rebut. Dalam kelas, baju dan tuala bergantungan. Kadang - kadang tu, mandi ketika waktu prep. Kalau di sekolah pun tak ada air, kami pecahkan pili bomba. Bolehla mandi dengan air 'teh susu'. Life was tough, banyak masa dihabiskan mencari air untuk mandi, membasuh baju(walaupun tak ada air, saya tak pernah export baju ke rumah dan tidak ada perkhidmatan dobi di sekolah sehinggalah saya berada di tingkatan 4). Selalunya bila keadaan 'darurat' PK HEM akan membenarkan kami pulang pada hujung minggu. Advantage untuk orang Kelantan. Saya hanya tinggal di asrama dan lebih suka tidur di katil sendiri daripada tidur di rumah kawan - kawan. Adik - adik di SMSPP sekarang 'rugi' sebab mereka tidak merasa 'explorace' kami mencari air ;P.

Kisah-kisah tersebut hanyalah sebagai daripada juzuk kehidupan saya di SMSPP.Tidak semuanya pahit. SMSPP adalah sekolah kehidupan saya. Alhamdulillah, banyak 'turning points' dalam diri ini berlaku sewaktu saya di sekolah tersebut. Di situlah saya mentarbiyah diri supaya tidak 'malas - malas' bersolat, belajar solat berjemaah, belajar mengaji. Ye, di SMSPP lah saya belajar mengaji dan tajwid dengan baik dan itulah kali pertama saya khatam Al Quran. Malu untuk saya mengaku, tapi itulah hakikatnya. Terima kasih kepada Ustaz Hassan dan seorang lagi ustaz mengaji sewaktu saya di tingkatan satu (saya lupa nama ustaz tu). Terima kasih dan jazakillah kepada Bonda Puan Maznah (pengetua kami pada waktu itu) kerana mewajibkan kelas mengaji keapda pelajar tingkatan 1 dan 4. Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah kerana 'menghantar' saya ke sekolah tersebut. Menyesal juga kerana tidak memanfaatkan peluang belajar bahasa Arab dengan baik sewaktu di sekolah.

GURU KEHIDUPAN...........

1. Ustaz bahasa Arab
"Ingat che', nak senang kene susah," setiap hari, ustaz pasti mengulangi ayat ini

"Hadith nabi ada kata, 3 perkara yang menggelapkan hati; banyak makan, banyak gelak dan banyak tidur. Kamu tok sah dok 'mengilai' sangat dalam musolla ni. Tak baik, Satgi gelap hati kamu," pesan ustaz hampir setiap kami selesai mengimamkan solat di musolla sewaktu menjadi warden.

"Kamu ni anak gadis waktu maghrib, toksah dok ber'gelewak' (keluar rumah) waktu maghrib. Tak elok. Banyak syaitan"

2. Cikgu Chemistry (the bestest teacher)
"Kawan saya lepas habis degree semua plan nak sambung belajar, yelah nak belajar lagi tinggi. Tapi saya, takpelah. Cita - cita saya habis degree nak belajar mengaji dengan baik. Malam - malam mengaji sambil riba anak. Tengah - tengah mengaji, anak saya koyak muka surat yang saya baca."

"Saya semalam sakit gigi, memang taknak makan tapi bila isteri masak dan ajak makan, pergilah jugak. Nak jaga hati isteri. Nanti awak kahwin, awak taulah."

"Saya nak balik rumah kejapni, pukul 10:30 dah,nanti saya mari semula, kita bincang jawapan." kata cikgu sewaktu kelas tambahan pada waktu prep malam
"Nak balik buat ape cikgu? lagi setengah jam lagi nak habis kelas," kata salah seorang daripada classmates saya.
"Eh, tak boleh, saya kene balik. Ni waktu tidur anak saya. Anak saya tak tidur kalau saya tak ada. Awak siapkan latihan. Saya balik tidurkan anak saya kejap. Awak buat kerja"

3. Cikgu Add Maths
"Saya dulu, masa kat universiti, tak paham ape satu pun yang lecturer saya ajar. Lepas kelas, saya jumpa dia dan tanya dia semula. Satu hari saya di bilik dia, belajar supaya paham betul - betul. Kamu semua ni,kalau tak paham, jangan malu - malu nak bertanya"

"Kamu nanti dah habis sekolah, jangan lupa cikgu - cikgu kat sini. Contactlah kami. Ni tak senyapje. Ni no handphone saya...No ni special. Kamu tahu kenapa? Ni birthday Puan *** (isteri cikgu add maths kami, juga merupakan cikgu bio di SMSPP). Cikgu Add Maths kami ni memang romantik =).

Saya kagum dengan mereka, pandai menyelit kisah kehidupan dan nasihat dalam mengajar kami. Dialog di atas hanyalah sebahagian kecil daripada nasihat yang mereka berikan. To be honest, syllabi subjek - subjek yang diajar, memang dah banyak yang saya terlupa, tapi insyaallah, nasihat - nasihat cikgu takkan saya lupa, buat bekalan kehidupan.

Tingkatan 4 meninggalkan banyak memori kepada saya. Memori suka dan duka. Saya dilantik menjadi ketua Blok bestari pada tahun tersebut. Penat menjaga blok lebih - lebih lagi apabila dilakukan secara paksa rela (sebenarnya, bukan saya yang dipilih oleh senior sebagai ketua blok. Tetapi Ketua Warden berkeras untuk melantik saya sebagai ketua blok. Kami semua terpaksa akur). Setiap pagi kene check tandas, bilik basuh dan setiap sudut blok, pastikan semuanya bersih. Tandas, bilik basuh, semua kena bersih dan perlu dibersihkan walaupun tak ada air di asrama. Setiap tandas dan shower perlu diperiksa. Bau tandas dan sinki (lebih - lebih lagi apabila tidak ada air dan tersumbat) adalah breakfast saya setiap hari. Bila tandas kotor, sayalah yang di panggil dan di soal. Kalau orang tak flush toilet pun, sayalah yang perlu bertanggungjawab. Takkanlah saya perlu menunggu dan bertanya kepada setiap orang yang menggunakan tandas, sama ada mereka dah flush toilet ataupun tidak? Rasanya, memang bendani dah seringkali diingatkan sewaktu gotong royong asrama setiap minggu..Entahlah.. Menjadi KETUA blok tidak membantu saya membentuk 'leadership quality'. I think I wasn't a good block leader. Not at all. Tapi, selama setahun memegang jawatan tersebut, saya belajar untuk bersabar melayan kerenah sahabt - sahabat di asrama (sakit demam mereka, ada yang homesick and etc), bersabar dan berdiam diri apabila dileteri oleh PK HEM. Kerja - kerja mencuci tandas, longkang, kemas dorm menjadi sebahagian daripada rutin kami di asrama. Bila pulang bercuti, rutin tersebut saya teruskan di rumah. Rimas dan tak tenang tengok rumah bersepah dan kotor. Tarbiayah untuk berumahtangga, insyaallah.

Sewaktu saya berada di Tingkatan 4, Bonda (pengetua) mencadangkan agar Minggu Penghayatan Islam(MPI) diadakan dan kakak - kakak pengajian Islam daripada UM Nilam Puri akan menjadi FC. Apa yang 'menarik' program tersebut hanyalah untuk(baca: wajib) pelajar tingkatan 1 dan 4.

Dah wajib, kenalah join. Tak dapatlah nak berehat weekendni. Redha sajalah. Program tersebut diadakan selama 3 hari (Khamis, Jumaat, Sabtu). Kakak - kakak FC tidur di asrama bersama kami. Saya menjemput mereka ke asrama. Subhanallah, mantap - mantap kakak ni semua. Baik dan ada yang berpurdah. Usai solat maghrib, kakak - kakak daripada Nilam Puri memberikan sedikit pengisian.
"Sepanjang Minggu Penghayatan Islamni, kami nak adik - adik semua (form 1 - 5), buat beberapa perkara..." kata salah seorang daripada kakak Nilam Puri..
Memang ada beberapa perkara yang perlu kami patuhi semasa MPI tapi yang paling mengejutkan kami semua adalah perlu menutup aurat dengan sempurna(bertudung and etc) di dalam kawasan asrama(ie keluar daripada dorm. Saya sendiri agak terkejut dan rasa macam tak nak ikutje peraturan tu.Huhu..tapi bagi memandangkan sayalah antara orang yang menjemput kakak - kakak tersebut ke asrama, maka ikut sajelah...

Kak Farhan adalah FC group saya. Salah seorang daripada kakak yang berpurdah, bersuara merdu. Banyak cerita yang dikongsikan. Bagaimana kak Farhan memilih untuk berpurdah, kisah gadis Kristian yang memeluk islam dan diculik semula oleh paderi. Walaupun agak penat kerana berprogram (lebih - lebih lagi apabila kami dikejutkan untuk berhimpun di dataran sekolah pada jam 4 pagi), tapi hati saya puas. Seminggu selepas program tersebut, ma dan abah melawat saya dan kami pergi berkelah di Jeram Pasu(tak jauh dari sekolah, 5 minutes drive).

"Ma, nanti cuti sekolah, adik nak buat baju lengan panjang yang labuh macam baju kurung boleh?" saya bertanya kepada ma

"Kenapa?..Boleh. Nanti kita beli kain dan pergi tempah jahit,"

"Minggu lepas ada Minggu penghatan Islam, ada kakak - kakak dari UM Nilam Puri datang..sejuk je tengok diorang,:)..Nanti ma balik rumah, ma alihkan baju-baju lama adik kat tempat lain ye,"

Hati saya tersentuh melihat kakak - kakak Nilam Puri. Mereka lembut dalam ketegasan. Malah, kekuatan yang diberikan Allah untuk saya berubah adalah melalui mereka terutamanya kak Farhan. Jazakumullah kepada kakak - kakak semua. Insyaallah, semoga nanti kita bertemu lagi dan semoga sepanjang perjalanan hidup ini saya sentiasa dipertemukan dengan insan seperti mereka, Insyaallah.

Ogos 2001 (saya masih di tingkatan 4), kami mendapat pengetua baru. Lain pengetua, lain caranya. Pengetua baru kami memang seorang yang mementingkan kebersihan dan keceriaan sekolah (walaupun tak ada air, lantai dan longkang semua kene berkilat). Huhu..

Pada bulan September tahun tersebut, Pengetua - pengetua SBP mengadakan lawatan ke Putrajaya (masa tu Putrajaya baru siap. Tak tahulah saya apa yang mereka lawati di sana). Pulang daripada Putrajaya, pengetua mengutarakan cadangan untuk membuat Wetland seperti di Putrajaya di sekolah kami. Kawasan sekolah kami luas dan masih banyak yang kosong, sesuai untuk buat 'Wetland'. Cadangan yang 'BERNAS'. Nanti bila - bila tak ada air bolehlah kami semua terjun dalam 'Wetland' tu. Saya sendiri tidak bagaimanakah rupa 'Wetland' di Putrajaya tersebut,tapi saya sendiri tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Lebih baik peruntukan yang akan digunakan untuk projek tersebut digunakan untuk membaiki tandas yang tersumbat dan paip - paip yang patah di asrama. Semua warga SMSPP tidak bersetuju dengan idea tersebut. Lebih - lebih lagi apabila kami diWAJIBkan untuk mendermakan duit claim tambang pengangkutan pulang bermalam (at least RM 10) yang diberikan kepada kementerian untuk projek tersebut. Cikgu - cikgu juga diwajibkan untuk memberi sumbangan tetapi dengan jumlah yang lebih tinggi. Saya tidak bersetuju, tapi hanya hati yang memberontak, bibir hanya diam membisu. Kawan - kawan yang lain lebih berani, ada yang mengetuk meja dewan makan sewaktu pengetua mengumumkan cadangan tersebut di dewan makan, ada juga yang memaki dan mengeluarkan kata - kata yang tak manis didengar. Katelah apa sahaja, projek tersebut tetap akan diteruskan dan derma wajib tersebut tetap akan dikutip.

Pembahagian duit claim pulang bermalam kali ini lebih special. Duit diagihkan sendiri oleh pengetua dan PK HEM dan dimulakan dengan pelajar tingkatan 4.Setiap pelajar yang memderma perlu menulis nama mereka dan jumlah yang mereka dermakan. Kata Pengetua, nama - nama ini akan di'frame'kan di Dewan Seri Gemilang (Nama dewan sekolah kami memang gemilang =)) Giliran pertama,kelas 4 Aisyah. Giliran kedua, kelas saya (4 Balqis), saya berada di tengah barisan, diam dan asyik memerhatikan gelagat kawan - kawan. Takut jugak mendengar kata - kata mereka yang tidak meng'halal'kan duit derma tersebut. Akhirnya, giliran saya mengambil duit. Alhamdulillah, duit claim saya berjumlah RM 32, RM 10 diberikan untuk 'Wetland', ada lagi RM 22.So, saya okjelah dengan derma ni. Semasa memberikan derma, tiba - tiba saya bertanya kepada pengetua..

"Derma ni wajibke?"

"A'ah, wajiblah," jawab pengetua..

"Kenapa saya belajar derma ni sunatje," Itulah kata-kata yang keluar dari mulut saya.To be honest, saya pun tak tahu macam mana saya boleh berkata sedemikian and honestly I was very innocent when I said that.

Tiba - tiba, pengetua bangun daripada kerusi beliau..

"Awak kalau tak nak derma, ambik balik duit awak. Saya tak nak duit awak,"kata pengetua kepada saya dengan nada yang tinggi.

"Eh, tak! Saya nak derma, saya tanye je tadi," saya membalas. Memang rasa nak nangis je time tu

"Saya kata ambik balik duit awk. Orang lain,lepas ni sape yang nak derma, derma jelah,Tak nak derma sudah. Derma ni sunat, tak boleh paksa - paksa,"

Itulah kata - kata terakhir daripada pengetua yang sempat saya dengar. And of course, I took back my money(dah orang tak nak)..

Guess, I was the spoiler. Memang lepas tu beberapa kerat je yang menderma. Bayangkanlah, kutipan derma daripada pelajar tingkatan 5 hanya RM 7 dan keseluruhan derma daripada seluruh pelajar hanyalah RM 400+. Pengetua mengumumkan kutipan derma ini sewaktu roll call pagi di sekolah and of course, projek 'Wetland' di batalkan. (tak cukup duit nak buat). Saya sedih dengan apa yang berlaku. Nama saya sedikit tercalar. Apatah lagi apabila PK HEM pun turut ada di bilik pengetua ketika peristiwa tersebut berlaku. Pada malam peristiwa tersebut berlaku, Pengetua meminta nama ayah dan no telefon rumah saya daripada kerani sekolah. Saya mendapat tahu perkara ini daripada Ketua Pelajar, yang merupakan classmate saya. I was shocked. Saya bimbang pengetua akan menelefon ma dan abah dan menceritakan tentang hal ini. Of course saya akan dipersalahkan. Abah pula baru sahaja keluar daripada hospital beberapa hari yang lalu.

Lepas pulang daripada prep, saya terus menelefon ma. Daripada ma mendengar cerita ni daripada mulut pengetua, baik saya sendiri yang menceritakan segalanya. Ye, saya menceritakan segalanya kepada ma. Ma marah dengan apa yang saya lakukan. Biadap dan tak hormat orang tua. Ma menangis dan saya pun menangis. Ma menyuruh saya pergi berjumpa dengan pengetua untuk meminta maaf. Saya hanya mendiamkan diri dan akhirnya saya tidak pergi berjumpa dengan pengetua. Entahlah, saya tak bersalah, sebab tu saya taknak pergi dan saya terpaksa 'menipu' ma.

Saya sangat tertekan dengan peristiwa ini. Pada kawan - kawan, junior dan senior, sayalah 'hero'. Selamat duit mereka (dan duit saya juga), tapi saya sedih kerana kisah ini sering diungkit - ungkit oleh Pengetua. Mujurlah exam akhir tahun sudah berakhir cikgu - cikgu yang mengajar pun banyak memberikan semangat.Saya nekad untuk melarikan diri daripada 'keserabutan tersebut'. Kurang 2 minggu, sesi persekolahan akan tamat. Hari selasa minggu tersebut, saya menemui PK HEM meminta kebenaran untuk pulang kerana abah sakit (yes, abah baru sahaja keluar hospital waktu tu). PK HEM membenarkan saya pulang pada hujung miggu (jumaat dan sabtu) tapi meminta agar saya sertakan bersama surat daripada parents. Leceh jugak rupanya. Akhirnya, surat tersebut saya taip dan tandatangan sendiri (baca: tiru tandatangan ma). Surat tersebut saya serahkan pada PK HEM dan hari Jumaat saya pulang ke rumah dengan semua barang - barang untuk pulang bercuti akhir tahun. Guess what, saya bukannya pulang untuk hujung minggu, tapi saya pulang ke rumah sehinggalah tamat cuti akhir tahun tingkatan 4 (ie saya 'ponteng' sekolah selama seminggu)... Itulah kisah terakhir sewaktu saya di tingkatan 4. Sebenarnya, ada kisah 'lucu' yang berlaku sewaktu saya ponteng sekolah..tapi rasanya sudah cukup panjang untuk saya ceritakan.

Inilah sekolah kehidupan saya. Sekolah suka dan duka. 5 Tahun di Kelantan, banyak kenangan yang dikutip. Saya silap mengatakan bahawa negeri berkepimpinan ulama' itu miskin. Tak, negeri Kelantan, baik negeri ataupun rakyatnya lebih kaya daripada negeri kelahiran saya sendiri. Sungguh, nikmat yang Allah kurniakan pada saya dan kita semua sungguh banyak. Tidak terhitung. 5 tahun di Kelantan dan SMSPP adalah nikmat yang tidak dapat saya peroleh di tempat lain. Atas nikmat Allah yang banyak itulah kita bersyukur dan terus bersyukur!

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." (Ad dhuha: ayat 11)

Saturday, August 22, 2009

Dry drowning..

Bismillahirrahmanirrahim

"Malang tidak berbau"
Siapa sangka kasih seorang ibu membawa anak lelakinya yang berusia 10 tahun berenang di kolam renang berhampiran rumah mereka, akhirnya mengundang bencana dan dugaan tidak diduga.

"He (the son)looked quite pale when he came out from the pool. The, he asked me to go to the wash room.
"Are you alright? Do you want me to accompany you?"..I asked him.
"No mom, thanks," replied my son..
Then, we went home. He wanted to have some rest and went to his bedroom.
I entered his room and asked him whether he fine or not. And again, he said, he's fine.
I know that something was not good. A couple of hours later, I entered his room and I saw bubbles on his mouth. I was shocked and brought him to the hospital straight away.
The doc told me that my son couldn't be saved. The cause of death was 'dry drowning' and this is my first time coming to this pool after the tragedy.."

Begitulah kisah yang diceritakan oleh Cassandra, yang kehilangan anaknya 3 tahun yang lalu akibat 'dry drowning'.

Saya berkongsi kisah ini kerana merasakan bahawa isu ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng walaupun kepada yang masih berkeluarga (jangan lupa adik - adik ataupun anak saudara di rumah). Lebih - lebih lagi, ramai ibubapa yang inginkan agar anak mereka belajar berenang dan lebih lasak pada usia yang lebih muda. Bahkan, ajaran Islam sendiri menggalakkan supaya ibubapa mengajar anak mereka berenang..

Kisah ini, saya peroleh daripada rancangan Oprah. Saya kongsikan di sini penerangan yang dibrikan oleh Dr Oz (Dr Oz is actually a cardiac surgeon, and he works together woth Oprah in her TV shows).

" It's ok if your kids swallow the water into their mouth. But the problem arises when your kids aspirate the water(even a very tiny amount) into their nose. What happen is that,the water will get into their lungs. Our lungs contain soapy substances (surfactant) that help our lungs to expand optimally when we breath in. The water gets into the lungs, dilutes the soapy things and now their lungs cannot expand to its maximum anymore. Eventually, the lungs collapse."

Saya kongsikan juga article yang berguna mengenai dry drowning. Insyaallah, semoga bermanfaat =).



S.C. 'Dry Drowning' Death Draws Attention
Seek Emergency Care If You Suspect Dry Drowning

By Denise Mann
WebMD Health News
Reviewed by Louise Chang, MD

June 5, 2008 -- Recent media reports concerning a 10-year-old boy from Goose Creek, S.C., who died several hours after being in a swimming pool have left many parents concerned about the risks of dry drowning and wondering how they can best protect their children from this health threat.

To find out more about dry drowning, WebMD spoke to Neil Schachter, MD, medical director of respiratory care at Mount Sinai Medical Center in New York City.

1. What is dry drowning?

Dry drowning is basically drowning without water. With dry drowning, you are not drowning from an immediate immersion in water; it is more of a delayed effect of a small amount of water in the lungs. This can result in laryngospasms, which minimize the amount of water aspirated into the lungs. Respiratory arrest may follow, leading to an inadequate supply of oxygen in the blood, cardiac arrest, and eventually brain death.

Several other mechanisms can cause dry drowning, including acute respiratory distress syndrome (ARDS), which is an acute, severe injury to most or all of both lungs or electrolyte abnormalities resulting from a dilution of the blood after aspirated water is absorbed into the blood, leading to heart rhythm abnormalities.


2. How long after an incident is there a risk for dry drowning?

Dry drowning usually occurs between one hour and 24 hours after an incident. A person can have a drowning incident, be pulled out of the water, be OK, and then sometime within the next 24 hours, they can dry drown.


3. Are there any risk factors for dry drowning?

Yes, there are risk factors and situations in which dry drowning may be more likely, such as if the child is not a good swimmer or a first-time swimmer. Children and adults with underlying lung problems such as asthma may also be at increased risk for dry drowning. To prevent an incident, use common sense and never let inexperienced swimmers in the pool without a lot of supervision.
Is dry drowning rare?

Drowning is a huge problem. About 4,000 people drown each year and 1,400 of these are children. The CDC has no statistics on the number of dry drowning deaths.


4. Are there any red flags that suggest a person is at risk for dry drowning?

Yes, there are some signs that a person may have a dry-drowning episode. They include persistent coughing, shortness of breath, or pain in chest. All of those things are signals that something could be wrong. If someone comes out of the water and coughs for a minute, then calms down -- that is much different than if the child keeps coughing or complaining of pain. Like the child involved in the incident in South Carolina, a change in mental status and/or lethargy may also indicate that something is wrong.


5. What should you do if you think a child is at risk?

This is not something that can be handled by a parent. Call a doctor or bring the child to an emergency room if there are signs of dry drowning following a near-drowning incident.


6. Can dry drowning be treated?

Yes. If it is caught early, dry drowning can be treated. The treatment involves supplying oxygen to the lungs and getting the breathing process restarted.

Source: Dry drowning

Kelab Poligami..

Bismillahirrahmanirrahim

Seperti biasa, hari ahad adalah hari saya meluangkan masa yang lama untuk membaca newspaper. Biasanya saya hanya membaca headlines pada akhbar harian (dan kebanyakannya tidak menarik minat saya =)), tapi surat khabar Mingguan Malaysia hari ahad minggu lalu mengingatkan saya kepada pertanyaan seorang sahabat sewaktu di KMB.

"Kalau suami ko nak kahwin lagi satu, ko bagi tak?"

Saya terkejut apabila ditanya sedemikian. Yelah, orang tengah ber'irp', tiba - tiba tanya pasal poligami..

"Nak kene jawabke?" saya bertanya kembali

"Yelah, dah tanya, mestilah nak tahu jawapan"

"Hmmm, saya tidak akan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. TAPI cuba dan buktikanlah dengan seorang, sebelum memikirkan tentang dua, tiga , mahupun empat," itulah jawapan yang saya berikan, dan seandainya saya ditanya soalan yang sama pada saat ini, maka itulah juga jawapan saya.

Kelab Poligami
, suami untuk di kongsi, bukan untuk direbutkan.
Khusyuk saya membaca rencana tersebut pada akhbar beberapa minggu yang lalu. Membaca kata - kata dan kisah - kisah mereka (wanita) yang ditakdirkan Allah untuk hidup bermadu. Keesokan harinya, isu yang sama turut dibicarakan dalam rancangan Wanita Hari Ini. Pengasas kelab ini, Ummu Sofwah, dan Ustaz Zawawi, lecturer di UIA antara yang dijemput bagi mengulas isu ini.

"Kelab ini ditubuhkan bagi menyediakan satu bumbung kepada wanita yang hidup bermadu, mengingatkan mereka bahawa hidup bermadu adalah untuk mentaati Allah dan Rasul," itulah jawapan yang diberikan oleh Ummu Sofwah apabila ditanya tentang objektif penubuhan kelab ini.

"Seorang wanita perlu merasakan dirinya bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk dinaungi oleh payung emas di akhirat kelak.Bukan semua wanita yang layak memilikinya," begitulah antara kata - kata yang diberikan oleh Ustaz Zawawi.

Saya hanya tersenyum mendengar jawapan mereka. Senyum kosong.

Ramai yang memberikan pendapat tentang penubuhan Kelab Poligami ini (termasuklah Menteri Pembangunan Wanita yang pernah mengadakan kempen satu suami, satu isteri). Saya sendiri mempunyai pendapat berkenaan kelab ini.

Saya melihat penubuhan kelab ini sebagai sesuatu yang positif, menyediakan wadah buat wanita yang bermadu (insyaallah, semoga mereka dinaungi dengan payung emas di akhirat kelak) untuk bersama berkongsi cerita, pengalaman pahit manis berkongsi suami serta saling nasihat - menasihati dan memperingatkan di antara satu sama lain.

Saya pasti tidak mudah untuk seorang wanita berkongsi insan yang mereka sayangi (suami). Pasti tidak sedikit airmata yang dititiskan (Wanitakan ada 9 emosi dan 1 akal). Tapi mereka akur, kerana kepatuhan kepada Rabb itulah adalah di dalam suka mahupun duka.

" Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (An Nisa: Ayat 3)

Saya yakin dan percaya bahawa setiap yang disyariatkan dan ditetapkan oleh Allah itu ada hikmahnya, tanpa perlu dipertikaikan lagi. Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Adil itu meletakkan 'kelebihan' (baca TANGGUNGJAWAB) kepada kaum Adam yang dikurniakan 9 akal. Tanyalah pada akal itu, apakah diri ini mampu berlaku dan apakah niat di hati ingin menambah 'permaisuri' di hati? Akal yang waras dilandasi iman yang benar di hati, insyaallah tidak akan tersasar.

Perkahwinan dan kehidupan bermadu bukan hanya kenikmatan dunia, bahkan akan turut diadili di akhirat kelak. Sebagai pemimpin keluarga, lebih ramai tanggungan di dunia, lebih besar persoalan di akhirat kelak. Sekiranya tanggungjawab sebagai itu digalas dengan baik dan penuh beramanah, insyaallah, pasti besar dan berganda ganjaran daripada Allah s.w.t. Tetapi andaikata sebaliknya, maka...fikir - fikirlah...

Insyaallah, semoga setiap Baitul Muslim yang dibina dimulakan dengan niat yang ikhlas keranaNya, seterusnya di kurniakan 'mawaddah wa rahmah' di dunia dan akhirat.

BAITI, JANNATI =)


Bismillahirrahmanirrahim

Have fun, never give up and look for good in others..

Bismillahirrahmanirrahim

Saya suka menonton rancangan Oprah. Saya tidak akan melepaskan peluang menonton rancangan tersebut apabila ada kesempatan, setidak - tidaknya membaca artikel - artikel di website Oprah..Banyak yang saya pelajari dan hikmah yang dikutip daripada 'wanita' berhati mulia tersebut. Sungguh, hikmah itu adalah kepunyaan Islam, di mana jua kamu menjumpainya, maka kutiplah ia..

Alhamdulillah, semalam saya berpeluang menonton Oprah. Setelah penat berebut remote control tv dengan niece =). Alhamdulillah, Oprah telah memperkenalkan saya kepada seorang insan, PROF RANDY PAUSCH..tapi malangnya, saya mengenali insan yang begitu optimis, positif hanya setelah beliau tiada lagi di dunia ini..



Randy Pausch,was a professor of computer science and human computer interaction at Carnegie Mellon University (CMU) in Pittsburgh, Pennsylvania.He learned that he had terminal pancreatic cancer at the age of 46 years old. He passed away 2 years later (25 July 2008), at the age of 48due to the complication of the cancer, leaving a lovely and strong wife and 3 kids.

He gave an upbeat lecture entitled "The Last Lecture: Really Achieving Your Childhood Dreams" on September 18, 2007 at Carnegie Mellon, which became a popular YouTube video and led to other media appearances. He then co-authored a book called The Last Lecture on the same theme, which became a New York Times best-seller.



Saya kongsikan di sini, lecture terakhir beliau yang sebenarnya ditujukan untuk anak - anak beliau. Have fun, never give up and look for good in others. Itulah mesej penting yang ingin beliau kongsikan kepada kita semua. Sungguh, Prof Randy Pausch pergi dalam usia yang agak muda, tapi pemergiaannya meninggalkan sesuatu yang bermakna dan memberikan inspirasi kepada ramai orang. Bagaimana pula kita, seorang muslim dan abid kepada Allah yang Maha menciptakan?

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Ali Imran: ayat 185)

Sungguh, MATI itu PASTI, bersediakah saya? Anda pula bagaimana?

Friday, August 21, 2009

Ajaran sesat..

Bismillahirrahmanirrahim

"Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".

Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Al Maidah: ayat 117 - 120)

Alhamdulillah, itulah ayat terakhir tadabbur saya malam itu..Saya membaca maksud ayat tersebut berulang - ulang kali. Hati terasa sayu mendengar jawapan Nabi ALlah Isa yang menidakkan pertanyaan Allah itu..Tidak, Nabi Isa tidak pernah mengaku dirinya sebagai Tuhan dan tidak pernah pula menyuruh orang lain menyembahnya.

Pada masa yang sama, saya teringatkan tentang satu ajaran sesat yang sudah lama tidak disiarkan di dada akhbar. Namun, 'kepala'nya masih bebas ke sana ke mari..

AYAH PIN, hamba yang mengaku bahawa dialah yang memiliki kerajaan langit..

Video Ayah Pin

Saya termenung panjang mengingatkan tentang ajaran - ajaran sesat. Bagaimana seorang manusia biasa boleh mengaku dirinya sebagai Tuhan langit dan bumi, merelakan dirinya disembah manusia lain. Sedangkan nabi Allah pun tidak pernah mengaku diri mereka tuhan manusia..

Dan yang lebih saya pelik dan hairan, ramai pulak pengikut mereka, bahkan ada sesetengah mereka adalah golongan professional..

Mungkin juga mereka semua ni ada 'psychiatric problem' (masalah mental)...

Mungkin juga mereka di sihir..

Penat saya berteka teki..Tapi mungkin bukan itu jawapannya. Apatah lagi penyelesaiannya.

Sungguh, Al Quran dan As Sunnah itulah penyelesaiannya. Dekatkan diri dengan Allah s.wt. Amalah fardhu jangan kita alpakan. Amalan sunat pula, kita suburkan dalam kehidupan seharian. Teruskan berdoa kepada Allah, agar ditetapkan hati ini di dalam ketaatan kepada Allah.

"Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati, tetapkanlah hati ini di atas Deen dan ketaatan kepadaMU"

Dan ingatlah..
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman"
(Al An'an: ayat 125)

Dunia Allah ni LUAS..

Bismillahirrahmanirraahim..

"Takpe dik, dunia ni kecikje, nanti kite jumpe lagi, insyaallah," kata seorang senior kepada seorang junior ketika hendak pulang ke Malaysia for good..

"Alahai, keciknye dunia, balik - balik kita jumpe di Ireland," kata Upin kepada Ipin setelah lama terpisah..

(dialog di atas hanya rekaan semata - mata, tiada kena mengena dengan sesiapa =))

Saya seringkali mendengar dialog sedemikian. Mungkin saya sendiri pernah mengatakan bahawa 'Dunia ini kecil'..Mungkin ia sinonim dengan pertemuan yang tidak di sangka - sangka..

Saya seringkali teringat peristiwa yang berlaku sewaktu saya di tingkatan 2 tatkali mendengar orang menyebut ungkapan "dunia ini kecil". Perhimpunan pagi Ahad minggu itu, lebih 'istimewa'(baca: lebih panjang) berbanding perhimpunan minggu - minggu yang lain. Minggu itu adalah hari terakhir buat kaunselor di SMSPP. Alhamdulillah, beliau dinaikkan pangkat dan akan bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah. Di akhir perhimpunan, beliau dijemput untuk memberikan farewell speech.

Ucapan kaunselor panjang (as usual). Namun, antara yang saya masih ingat adalah..
" Insyaallah anak - anak, kita pasti akan berjumpa lagi. Jangan bimbang, Dunia Allah ini kecik, kita pasti akan berjumpa lagi...."

Majlis bersurai dan kelas bermula seperti biasa..

Kelas pertama pada hari itu adalah kelas Bahasa Arab. Seperti biasa Ustaz Mokhtar masuk ke kelas on time dan berborak - borak sekejap dengan kami. Tiba - tiba, ustaz bertanya kepada kelas..

"Eh, antum semua dengaq ucapan kaunselor tadi?"

"Dengar, dengar, ustaz.." kami menjawab. Walaupun taklah kami sangat pay attention pada ucapan kaunselor ;P..

Ustaz menyambung bicara lagi..

"Tak baik cakap Dunia Allah ni kecik, che'..Salah tu..Allah kata dalam Al Quran yang dunia ni luas, terbentang las untuk kita. tak mampu untuk kita teroka semua..Tak baik cakap lagu tu.."

"Ustaz kena betulkan kat kaunselor la macam tu.."

"Dah, ustaz dah cakap tadi. Benda macam tu kena habaq cepat - cepat. Nanti antum semua jangan cakap lagu tu na..Dahla tu...Al annn (sekarang dalam dalam bahasa arab)....ustaz pun memulakan pembelajarannya =)

Petang itu juga, saya sempat berbual dengan Ustaz Nasir dan beliau turut membetulkan perkara yang sama..

Alhamdulillah, teguran kedua-dua ustaz itu masih segar di ingatan. Sungguh,saya rindukan cikgu - cikgu yang sentiasa memberikan kata - kata hikmah buat pedoman hidup..

Sungguh, bumi dan dunia luas. Amat luas. mengembara ke seluruh permukaan bumi inipun belum pasti kita mampu melakukannya, apatah lagi untuk pergi ke angkasa dan planet - planet yang lain..

Firman Alah di dalam Al Quran

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al Baqarah: ayat 255)

Insyaallah, semoga selepas ini, bibir ini tidak lagi mudah menyebut kata - kata "dunia ini kecil". Bukan kerana dunia yang kecil, tetapi kerana kekuasaan dan ketetapan Allahlah yang telah menemukan dua insan di dunia yang terbentang luas. Baik dua orang sahabat, mahupun laila dan majnun yang sudah lama dan jauh terpisah,tapi akhirnya bertemu di suatu tempat, maka tidaklah sukar bagi Allah untuk mengatur pertemuan itu..

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
(Yasin: ayat 82 - 83)

Sungguh, Allah swt itu Maha Berkuasa, Maha cantik percaturanNya. Insyaallah, semoga setiap pertemuan yang tidak di duga itu mengingatkan kita kepada kekuasaan ALlah yang tidak dapat dijangkaui oleh akal manusia. Semoga setiap saat yang berlalu, menjadikan kita insan yang sentiasa mengagumi kekuasaan Allah lantas, menjadi insan yang lebih taat kepadanya..

Subhanallah, walhamdulillah wallahu akbar...

Ahlan ya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah menemukan kita kepada Ramadhan tahun ini, sekali lagi. Salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua sahabat. Semoga RAmadhan kali ini jauh lebih baik daripada ramadhan yang lalu dan menjadi momentum untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Semoga ibadah puasa yang disyariatkan (dan juga zakat) menjadikan kita hamba yang bertaqwa.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al Baqarah: 183)

Setiap hari di dalam bulan ramadhan ada keistimewaannya tersendiri, terutamanya kepada hamba Allah yang tekun beribadat dan berdoa kepadaNya. Kita, umat Nabi Muhammad s.a.w beruntung. Umat - umat terdahulu berdoa agar Allah memanjangkan usia mereka, agar dapat lebih lama mengabdikan diri, namun dengan kasih sayang Allah kita dikurniakan malam Lailatulqadr yang lebih baik daripada 1000 bulan. Insyaallah, semoga kita tidak mempersiakan kelebihan yang diberikan ini.

Alhamdulillah, tahun ni buat pertama kali (semenjak fly), saya dapat berpuasa bersama keluarga, walaupun hanya seminggu. Walaupun sedikit terkilan kerana tidak sempat menziarahi puasara sanak - saudara yang terlebih dahulu menyahut seruan Illahi.

2 Ramadhan 1417, To'ki (datuk) pergi meninggalkan kami semua. Memang menyedihkan tetapi kami gembira kerana hasrat To'ki untuk pulang ke Rahmatullah pada bulan puasa tercapai. Masa tu saya berusia 11 tahun dan saya tidak ada di sisi To'ki pada ketika itu. Along pula berada jauh di Scotland. Kehilangan yang cukup dirasai terutamanya apabila usia semakin dewasa, rugi kerana tidak berguru dengan To'ki. Kata Abah, To'ki dulu sesekolah pondok dengan Tuan Guru Nik Aziz, tapi To'ki lebih senior. To'ki sepatutnya meneruskan pengajian agama ke India. tetapi niat itu terpaksa dibatalkan atas kehendak Che'(nenek). "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Alhamdulillah, begitu juga dengan To'ki. Walaupun sudah tiada, kami (cucu - cucu To'ki) masih lagi di panggil dengan gelaran cucu Ustaz Mad (nama To'ki Mohamed bin Abdullah). Insyaallah, semoga keturunan To'ki juga menjadi insan yang faqih dalam agama juga.

Dan Insyaallah, 26 Ramadhan ini, genaplah usia saya 24 tahun. Tiada apa yang istimewa walaupun dilahirkan pada bulan Ramadhan andai diri ini tidak menjadi hamba yang taat kepada Allah s.w.t. Doa saya, agar terus diberikan kekuatan untuk bersujud dan menyerahkan diri pada Allah. Semoga kita semua dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang dalam kebaikannya, insyaallah.


Akhir kata, salam ramadhan, semoga Ramadhan kali ini penuh makna =), insyaallah

Tuesday, August 18, 2009

Ma dan abah

Ma dan abah.

That's how I call them..ada yang memanggil ibu dan ayah, mama dan papa, umi dan abi and the list goes on. tidak kisah bagaimana kita semua memanggil mereka, tapi hakikatnya merekalah insan yang paling penting dalam hidup kita. tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa ''mereka adalah segala-galanya''.seorang ibu mengandung dan melahirkan anak, menjaga, mendidik dan membesarkan anak - anak sehinggalah ke akhir hayat mereka. bukan hanya sehari, sebulan, setahun mahupun sedekad tugas itu di pikul tapi hingga ke akhir hayat mereka.

Ma dan abah.

Saya adalah anak bongsu kepada dua insan yang mulia ini. merekalah insan yang paling menyayangi saya dengan kasih sayang yang tiada tandingannya. merekalah yang melahirkan saya, membesarkan saya, dan memberikan segala sesuatu yang mereka mampu dengan sesempurna mungkin. saya akui saya tidak akan mampu untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka sekalipun saya membelanjakan segala harta di dunia, hatta melakukan apa segala perkara sekalipun, ia tidak akan sama dengan pengorbanan ma dan abah. Apatah lagi apabila mengenangkan diri ini yang jauh di perantauan. Ini bukan kali pertama saya berjauhan dengan mereka. di lahirkan pada 15 Jun 1985, itulah kali pertama saya melihat mereka. Pada usia sekecil itu, tiada apa yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa mereka. Mungkin, hanya senyuman dan gelak tawa dari bibir si kecil itu sahaja yang menggembirakan mereka. Itupun, tidak mampu untuk menghilangkan keperitan ma melahirkan saya. saya berada di rumah bersama mereka selama lebih 12 tahun. Segala karenah saya mereka layan dengan kasih sayang dan kesabaran (tapi pernah juga kena marah rotan, pernah juga kene kurung di luar rumah, nakal sangat =P) 8 Mac 1998, saya ke SBP (SMSPP). Pertama kali sayaberjauhan dengan ma dan abah. sedih. Itulah perasaan yang paling besar saya rasakan pada saat itu. saya menitiskan air mata setiap kali melepaskan ma dan abah pulang selepas melawat saya di asrama. Lokasi sekolah yang agak jauh memungkinkan ma dan abah melawat saya dalam sekali sebulan sahaja. Setelah tamat bersekolah, saya meneruskan pengajian ke KMB. Selepas dua hari menyambut hari lahir yang ke 19, saya meneruskan kehidupan di banting, selangor, again, far away from ma and abah. Antara timur dan barat. 10 september 2005, sekali lagi saya di pisahkan jauh dengan ma dan abah. Kali ini, memang sangat jauh beribu batu, merentasi lautan dan benua. Sungguh, di sepanjang berjauhan dengan ma dan abah, saya rindu untuk mengucup tangan mereka sebelum ke sekolah sebagaimana rutin saya sewaktu di sekolah rendah dahulu. Saya rindukan mereka dan saya tahu ma dan abah pun merindui saya dan adik beradik yang lain. Tapi, kejauhan itulah yang memberikan kekuatan dan semangat kepada saya. Saya tahu setiap langkah saya dalam kehidupan ini pasti di iringi doa dan keredhaan ma dan abah.

Ma dan abah.

Saya sayang mereka. memikirkan mereka sahaja sudah cukup untuk membuatkan air mata ini mengalir. bukan setitis tapi berlinangan dan bercucuran. semasa saya kecil hinggalah dewasa(tapi bukan sekarang), tiap - tiap hari saya akan berdoa, memohon kepada Allah agar ma dan abah tidak akan dipisahkan dari diri ini. Ya Allah, saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya dapat meneruskan kehidupan tanpa ma dan abah di sisi. life is useless without them. itulah yang saya rasakan. Tapi kini, saya sedar doa saya itu bukanlah yang terbaik untuk mereka. kerana sesungguhnya, apa yang ada di sisi Allah itu dan apa yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk mereka. walaupun mereka telah tiada suatu hari nanti, saya tetap anak mereka, hatta saya akan di talkinkan dengan nama ma pada hari kematian saya sendiri. Tugas dan tanggungjawab saya tidak akan berakhir walaupun mereka sudah bertemu dengan Rabb. Tapi saya yakin saya masih akan dapat berbakti kepada mereka. Malah, saya adalah saham yang akan memberikan keuntungan yang berlipat ganda kepada mereka. Tapi ada syaratnya; anak yang soleh, itulah syaratnya..sungguh, rasul saw telah berpesan, ‘’apabila mati anak adam, maka terhapuslah segala amalan melainkan tiga perkara:

1. sedekah jariah yang di berikan
2. ilmu yang berguna yang di ajarkan kepada orang lain
3. doa anak yang soleh kepada ibubapanya

kini, doa saya berubah. Saya takut untuk berdoa sesuatu yang bertentangan dengan takdir Illahi. Sungguh, dunia ini hanya sementara. Semua yang bernyawa pasti pulang menemui penciptaNya.

Kini, lidah ini tidak jemu berdoa agar diri ini dijadikan hamba yang soleh, anak yang soleh, penyejuk di mata ma dan abah.
‘’Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang, jadikan hambaMu ini, hamba yang sentiasa taat dan patuh kepadaMu, jadikan aku anak yang solehah agar aku bias menjadi saham untuk ma dan abah di akhirat kelak’’.

Ma dan abah.

Adik sayang ma dan abah. Adik rindu pada ma dan abah. Ma teman di kala duka dan suka, ma menangis tatkala adik menangis. Apabila adik gembira, kita ketawa bersama – sama. Sungguh, tiada pengorbanan seikhlas pengorbanan ma dan abah. Di hati ini, tiada perasaan yang mampu adik ungkapkan untuk menyatakan rasa syukur pada Allah atas kurniaan ‘ma dan abah’ yang begitu berharga.
‘’Tuhan, syukurku padaMu atas nikmat islam dan iman, atas nikmat kasih sayang yang kau titipkan melalui ma dan abah’’

MA AND ABAH ,

I’M PROUD TO BE YOUR DAUGHTER , TRULY I AM =)

‘’Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) surah luqman: ayat 14’’

Lots of love,
Adeqsue

..The family song..



Yes, this is our family song. The meaning is soo deep and very cloes to ur heart. Thank you for the song. kakcik. Insyaallah, we will always be together and strong during ups and downs and Lord will always be by our side, helping and giding us to the right path..

p/s: kakcik loves LTR so much, that's why she choosed this video =)

..The biggest loser..

Bismillahirrahmanirrahim

Saya suka menonton tv, tapi tak semua cerita yang di tonton. Paling favourite House MD, CSI, Oprah dan cuti kali ni membuatkan saya jatuh cinta dengan rancangan The biggest loser. Hihi.. Kagum melihat kesungguhan Americans untuk menurunkan berat badan dan mereka sememangnya mempunyai semangat yang tinggi and the results are super impressive =)



Walaupun saya tidak memerlukan motivasi untuk menurunkan berat badan buat masa ini, tapi rancangan ini sungguh dekat di hati dan mengingatkan saya pada kisah diri sendiri.

Sewaktu lahir, berat saya 3.17kg (ikut birth cert). Kata ma, masa kecil, saya tak suka makan nestum macam orang lain, sebaliknya saya suka makan bubur nasi. Sebab tu badan saya cepat besar dan lebih besar daripada adik - beradik yang lain. kesimpulannya, saya memang seorang yang 'chubby' semenjak kecil lagi.

Di tadika, sayalah orang yang paling besar. Masa darjah satu, bila waktu timbang berat, berat kawan - kawan semaunya belas - belas, tapi berat saya 33kg =). Dan masa darjah enam, berat saya adalah 59kg (tak percaya?..terpulang, tapi itulah hakikatnya). Memang sejak kecil lagi saya sering digelar 'debak' (panggilan orang terengganu untuk budak yang 'chubby) oleh saudara - mara dan kawan - kawan. Tapi, masa tu kecil lagi dan bila orang panggil apa - apa pun, tak kesah sangat.

Saya bersekolah di asrama semenjak tingkatan 1. Alhamdulillah, bila tinggal di asrama, berat turun sikit (tapi tak banyak), mungkin penat turun naik tangga dan kurang berselera dengan nasi kawah.

Segalanya bermula semasa saya di tingkatan 3. Tiga minggu sebelum PMR. Orang sibuk nak exam, saya sibuk dengan 'projek diet', tapi study tak di tinggalkan =)..
Yes, I had my 'crashed diet' and the result was great. These are my so called crashed diet list.

breakfast - segelas horlicks dan 3 biji prunes
lunch - makan nasi sikit, ambil sayur dan buah and no fried food food
dinner - sebiji epal hijau
supper - biskut dewan makan
Kadang - kadang, makan snack seperti kacang dan dried fruits.

(my sincere advice: don't do this at home, seriously, it's not a balanced diet and is torchering)

Saya memilih untuk tidak bersukan, mungkin kerana penat dengan kehidupan di asrama yang agak 'packed' dan selalu tidak ada air. Tapi, saya rajin untuk turun naik tangga di asrama dan di sekolah. Dewan makan memang jarang - jarang sekali saya kunjungi, cuma pergi untuk ambil buah dan biskut. Setiap minggu insyaallah saya akan berpuasa, sekurang - kurangnya dua hari seminggu.

Seriously, diet tu memang sangat berkesan. Seminggu sebelum PMR, kami ada majlis bersalam - salaman dengan guru perempuan dan memang waktu tu semua cikgu tegur yang saya makin 'mengecil'..huhu..Entah, saya sendiri tak pasti dan tidak ada penimbang di asrama untuk mengetahui keberkesanan diet saya. Bila balik cuti sekolah, semua orang terkejut dengan badan saya..and of course I was very happy =) walaupun ada kalanya saya rasa agak letih dan lemah. i believe it's from the diet..

Alhamdulillah, i did lose weight. Masa form 4, berat saya 44kg =). Gembira dan sangat gembira. 15kg lebih ringan daripada 4 tahun yang lalu. But i guess, i was so skinny at that time and i felt a lil bit weak. So i decided not be very strict with my diet, start to eat more and reading about diets and nutritions. Dan masa tu jugaklah develop cita - cita nak jadi dietitian =)..

Alhamdulillah, i manage to maintain my weight until today. Berat sekarang 48kg dengan ketinggian 158cm (berat bukanlah rahsia selagimana tak naik, hihi). Bila fikir balik dan tengok cerita the biggest loser tu, memang rasa kelakar. Terfikir juga, kenapa masa form 3 tu saya nak sangat berdiet dan kuruskan badan. Entah, saya sendiri lupa kenapa saya berbuat demikian. Tapi sekarang saya syukur dengan nikmat badan yang sihat yang dikurniakan Allah. Memang mudah untuk beribadah, mudah untuk ke sana ke mari, and remain active. Insyaallah, jangan disalahgunakan nikmat yang Allah berikan. Jangan terjerat dan terpedaya dengan fesyen terkini walaupun ada nama yang namanya 'busana muslimah' tapi agak ketat dan menampakkan bentuk tubuh..

Syukur juga kepada Allah yang memberikan saya ilmu tentang diet dan nutrition, Guess,i can be a nutritionist and very glad to give free consultation for those who are interested =). Insyaallah, here are the few tips that i can, things that i get from my reading and have being a part of my practise as well.

1. Eat like the Japanese and the French
Japaneses love to eat rice and the don't really use oil in their cooking, Everything is boiled and steamed. Rice is better than bread since the are fat free, eventhough people tend to omit rice when there are dieting. The Japaneses chew 'capsicum' after their meal to increase their metabolism. It is proved that the chillies and spicy foods can speed up your metabolism. Guess, this is a good thing for those who like to eat sambal belacan dan cili padi =). Although the French love to eat cheesy foods, they are not fat. The tips are simple, eat before u are hungry and stop before feel full and chew your foods as much as you can (Sunnah Rasulullah kunyah makanan 40 kali, orang perancis pun reti nak ikut). When you chew your foods longer, u will enjoy the taste of the foods very well and u will feel full faster.

2. Drink more water and drink water at least 1 hour after your meal
When u feel hungry in between meals, don't jump straight away to your kitchen and grab some foods. Sometimes, it is not because there's no food in your tummy, but u don't drink enough water and make u feel hungry. 1 more thing, drinking water right after meal is not good for your digestion, since it can dilute the acid and enzymes in your tummy, so drink water at least an hour after your meal and it makes you feel full longer, insyaallah..This tip always reminds me to RAsulullah saw advice to keep the portion of 1/3 for food, 1/3 for water and 1/3 for air'

3. Don't skip your breakfast and eat plenty of fruits and green vegies
Skipping the most important meal for the day (breakfast) is so so wrong. Start your day with something sweet and healthy but not too heavy. According to few studies, it is believed that skipping breakfast will slow down your metabolism. So, don't forget your breakfast even when u don't really have time. Just grab a banana or drink some milk and you are ready to go! Eat plenty of fruits and green vegies. They can give u a lot of fibers which are good for your digestion and make u feel full faster. It doesn't matter whether it's local foods or imported ones. I once read an article about green apples. It says that green apple helps to prevent fat deposition under your skin. To be honest, i'm not so sure, but I'm kind of believing it =).

4. Fasting, eat in moderation and consistently.
Fasting definitely helps you to eat less (hopefully =)), but this is something that is important to be remembered by my muslim friends. Fasting for the sake of Allah, not merely to lose weight. There's one hadeeth narrated by Ummul mukminin, Ai'shah r.a that rasulullah only fast 3 days in a month (during the abyad days: 13,14,15th of islamic months) but Rasulullah was a small eater, even the sahabah, they were always particular with what and the amount of their foods (2 dates can make full already.huhu). We should be fasting to get the blessing from Allah swt, be among the muttaqin and insyaallah even with no intention of losing weight, we will lose some weight with fasting. In Islam, the best way of fasting is the Prophet Dawud (David). He used to fast every overday. This has is proven to maintain your metabolism to remain high. If you used to starve yourself, your metabolism will go low and your body and brain will go slow. Trust me!

5. Activate your life
Be active. Some of us might prefer to do workouts in the gym with professional trainers,go ahead. But there are a lot of things that u can do for free. Walking in the park, jogging, even cleaning the house is a good exercise as well. If u don't have time, be creative. park your car a lil bit far from your office, and walk to your office, use the stairs instead of the elevators.

6. Ignore what people say about your diet
People always say something that demotivates you (sikitnye makan, baik tak payah makan and etc), but just ignore them and don't get angry. Stay focus and prove to them that u can do it.

Last but not least...

7. Be moderate and get your 'niat' right!
Indeed, the teaching of Islam is practical in every single thing in our life. Don't be too much in dieting, do not starve, don't push yourself too much. Be moderate. There's no harm to reward yourself with some ice creams or nasi lemak.

After all, this is most important one. People want to lose weight for various reasons. As a muslim, our only concern should be Lord The Almighty. It is the blessing of Allah that we seek all the times, and insyaallah, other benefits of losing weight will come to you..

It is narrated on the authority of Amirul Mu'minin, Abu Hafs 'Umar bin al-Khattab, radiyallahu 'anhu, who said: I heard the Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, say:

"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated."

There so many things that i can share about this, but better stop here. If I can do it, the Americans can do it, i'm sure u can do it as well. Have faith in your self. Remember, when there's a will, there are many ways to get it!

Because u worth it!