Bismillahirrahmanirrahim..
ALlahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..
Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, hari ini hari kemenangan. Kemenangan melawan diri daripada lapar dan dahaga. Melawan hawa nafsu daripada segala perbuatan keji dan mungkar. Insyaallah, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t. Usah dipersiakan segala kebaikan di bulan Ramadhan serta teruskn momentum untuk beribadah kepada Allah s.w.t di bulan - bulan yang akan datang. Biarlah hari - hari yang dilalui sentiasa dalam kemanisan iman dan amal..
Alhamdulillah, pagi 1 syawal kita semua berkumpul menunaikan solat Aidil Fitri. Semua bergembira, si kecil gembira dengan baju baru, ukhwah islamiyah dieratkan tanpa mengira warna kulit, dan apa yang lebih indah adalah ketaatan kita kepada ALlah. Kita sama - sama bertakbir dan bertahmid memuji ALlah, diingatkan pula dengan khutbah yang disampaikan oleh Imam. Sedikit perkongsian daripada khutbah yang di sampaikan oleh Sheikh Khaleed, bahawa sesungguhnya Syawal ini adalah bulan kita mengingati dan bersyukur kepada ALlah. Pagi 1 syawal kita penuhi dengan takbir membesarkan Allah s.w.t. Sesungguhnya, bersyukurlah kepada ALLah s.w.t dalam senang mahupun susah kerana ALlah tidak akan membebani kita dengan apa yang tidak mampu kita memikulnya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Eid Mubarak kepada semua muslimin dan musliat. Insyaallah, semoga ALlah mengurniakan kebaikan kepada kita semua pada setiap tahun. Maafkan segala salah dan silap. Semoga ukhwah islamiyyah antara kita semakin kukuh keranaNYa. Semoga kita dipertemukan lagi dengan ramadhan yang akan datang dalam kebaikan, Insyaallah.
Buat ma dan abah serta keluarga di desa tercinta, salam sayang dari adik di Eire. Tahun ni genap 5 tahun adik beraya jauh daripada keluarga. Sedih dan rasa nak terbang pulang, tapi perasaan itulah insyaallah menjadi kekuatan untuk adik meneruskan cita - cita dan harapan keluarga. Walaupun jauh di mata, kita semua dekat di dalam doa dna ingatan di hati. Segala pengorbanan keluarga tak akan adik persiakan. Insyaallah, adik yakin kita sekeluarga dapat berkumpul suatu masa nanti. Berkumpul dalam rahmat dan kasih sayang Illahi.
Semoga Allah terus memberikan kita kekuatan untuk beribadah kepadaNya. Jangan lupa untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Besar ganjarannya!
“Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)
Eid mubarak :)
selamat hari raya yanti!=) maaf zahir batin!
ReplyDelete