Bismillahirrahmanirrahim...
Vaksin percuma cegah kanser rahim
Oleh Rohani Ibrahim
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Mulai tahun depan, seramai 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun di seluruh negara akan diberi suntikan pelalian Human Papillomavirus (HPV) bagi mencegah penularan kanser pangkal rahim.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemberian vaksin berkenaan adalah di bawah Program Pelalian HPV yang diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini dan melibatkan kos RM150 juta setahun.
“Kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua yang kerap berlaku di kalangan wanita di negara ini selepas kanser payu dara. Kementerian Kesihatan berharap Program Pelalian HPV akan berjaya mencegah penyakit berkenaan pada masa akan datang.
‘‘Pelalian tiga dos HPV itu kemungkinan besar akan diberikan di sekolah. Maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Program Pelalian HPV masih belum siap sepenuhnya,’’ katanya di sini hari ini.
Tiong Lai berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan kempen Kesedaran Kesihatan anjuran Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini hari ini.
Jelas beliau, vaksin berkenaan akan diberikan di sekolah-sekolah bagi memudahkan dos kedua dan ketiga diberikan kepada remaja perempuan yang terlibat.
‘‘Dos kedua akan diberikan selepas sebulan atau dua bulan dos pertama diberikan, manakala dos ketiga akan diberikan selepas enam bulan tarikh dos pertama.
‘‘Jika vaksin berkenaan diberikan di klinik dan hospital, berkemungkinan remaja berkenaan tidak datang semula untuk mendapatkan dos susulan masing-masing. Oleh itu, lebih baik ia diberikan di sekolah sahaja,’’ katanya.
Tambah Tiong Lai, Itali, Australia, Perancis dan Taiwan sudah memulakan program vaksin seumpama ini untuk remaja perempuan berusia 11 dan 14 tahun iaitu sebelum mereka mula melakukan hubungan seks.
‘‘Kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 menganggarkan kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk merawat pesakit kanser pangkal rahim atau kanser serviks di seluruh negara ialah RM382 juta setahun.
‘‘Jadi, kerajaan memilih untuk mencegah daripada merawat,’’ katanya.
Jelas Tiong Lai, vaksin pencegah kanser pangkal rahim berkenaan hanya perlu diambil sekali dalam seumur hidup.
‘‘Keberkesanannya dalam mencegah penularan kanser pangkal rahim jenis 16 dan 18 adalah sehingga 98 peratus.
‘‘Ia mampu mengurangkan risiko kanser tersebut sehingga 70 peratus. Vaksin ini sudah berada di pasaran pada masa ini, namun harganya agak tinggi iaitu RM1,200 untuk tiga dos,’ jelasnya.
Kata Tiong Lai, selepas pembelian meluas vaksin HPV untuk remaja perempuan tahun depan kerajaan akan berunding dengan pembekal vaksin untuk menurunkan harga HPV kepada sekitar RM500.
‘‘Biarpun vaksin pencegahan kanser pangkal rahim sudah berada di pasaran, golongan wanita masih digalakkan menjalankan pemeriksaan Pap Smear.
‘‘Ini kerana pelalian HPV mencegah kanser pangkal rahim, tetapi Pap Smear mampu mengesan kanser berkenaan di peringkat awal lagi,’’ jelasnya.
Sementara itu, Ketua Wanita MCA yang juga Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun yang turut hadir pada majlis itu mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk berunding bagi membantu mengurangkan harga vaksin HPV di pasaran.
------------------------------------------------------------------------------------
My two cents,
1. This is such a waste. u don't even need a vaccine (so called gardasil) to prevent this. Just stay away from multiple partners and sex before marriage. Hey, 150 million per year is not cheap tho and it is not the gov's money, it's the people's money!!!!!
2. Though the minister said that it is not a license to do sex as many as u can and with anybody that u like, yes, people will definitely feel that this is the green light.
3. Now I believe that he(the Minister0 is not a medical doctor. Abah told me that he is actually not a medical doctor, but i wasn't so sure, because i think it is so 'tok cidik'(as what the Americans say) to appoint someone who is not a doctor to be the Minister of Health.
4. I do think this idea sounds very racist especially when the rate of cervical cancer id the highest among the Chinese in Malaysia..huhu. But to all the Muslims who unfortunately have this cancer, my condolences to you. Do and please remember, that this is a part from the 'reward' from Lord, The Almighty for He remind us to stay away from zina...
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" (Al isra': ayat 32)
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An Nur: ayat 30 -31)
Ya Allah, biarlah tak jadi idea pelik ni........
No comments:
Post a Comment