Saturday, October 2, 2010

Puasa

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila puasa, selalu rasa lapar (especially bila bukan di bulan ramadhan), kalau kene gastritis (layman term: gastrik)memang pedih sangat sangat, rasa macam perut kene hiris je..kadang tu pernah juga rasa nak berbuka, tapi alhamdulillah, Allah bagi juga kekuatan untuk puasa sampai waktu maghrib, Alhamdulillah..

Tapi, bila pikir-pikir semula, memang itulah hikmah disebalik pensyariatan puasa.

1. Allah nak kita rasa bagaimana peritnya hidup orang yang tak ada makanan.
Kita rasa lapar bila berpuasa, sedangkan puasa hanya beberapa jam, paling lama puasa i.e waktu summer di UK pun dalam 17 jam, tapi cuba bayangkan orang yang tak ada makanan, orang yang betul betul miskin,yang tak mampu beli makanan, saudara - saudara kita di Africa, di Palestine. Berapa lama mereka terpaksa berlapar. Sehingga terpaksa menadah air kencing lembu untuk diminum.



Dalam kita berpuasa, bukan sahaja Allah nak kita rasa peritnya hidup dalam kelaparan, tapi Allah nak kita bersyukur dengan rezeki yang kita dapat setiap hari. Bersyukur dengan makanan yang kita makan 9dan juga nikmat - nikmat yang lain). Bersyukur pada Allah Ar Razzaq. Bukan sahaja kita bersyukur, malah sedekahkan rezeki yang kita pada orang lain. 'Ambil' sifat Ar Razzaq Allah itu dan tanamkan dalam diri kita. Tak ada orang yang pilih untuk hidup dalam kelaparan, tapi itulah nasib mereka (unless pada orang yang boleh berusaha, tapi malas nak berusaha). Anggaplah kesusahan hamba Allah yang lain sebagai jalan untuk kita beramal dan memberi kepada mereka kerana Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (Az Zariyat: ayat 16-19)




2. Allah nak kita jadi orang yang bertaqwa

Bila duduk di luar negara, memang banyak pengalaman ketika berpuasa. Kadang - kadang tu bila doctor ajak lunch or tea sama-sama, kena menolak
"Tqvm, but I'm fasting today"..
Macam - macam reaksi diorang bagi, ada yang cakap I'm sorry, ada juga yang buat muka, cakap menyeksa diri, tak dapat terima ada agama yang suruh penganutnya berlapar dan dahaga. Saya hanya tersenyum. Menghormati pandangan mereka.
Saya pilih untuk tidak makan dan minum walaupun makanan dan minuman ada di sekeliling. Biarpun orang tak nampak kelebihan berpuasa, tapi saya yakin bahawa apa yang disuruh oleh Allah ada hikmahnya. Ketaatan kepada Allah itu bukan hanya ketika kita senang, tapi dalam susah pun kita perlu taat kepada perintah Allah.


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al baqarah: ayat 183)


Bila dengar azan Maghrib....

Alhamdulillah, gembira, sebab dapat habiskan 1 hari puasa (rasa macam budak - budak baru belajar puasa pun ada ;P), gembira sebab boleh makan. Tapi bukan hanya gembira kerana dapat berbuka, tapi insyaallah, gembira kerana ibadah puasa yang dilakukan adalah satu jalan untuk kita menatap bertemu dengan Allah di akhirat kelak. Alhamdulillah, keletihan berpuasa di gantikan Allah dengan 2 kegembiraan :)

"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, dapat bertemu Allah di akhirat nanti." - (Riwayat At-Tirmizi).


Proud to be a muslim :)
Alhamdulillah, rasa syukur sangat bila dapat berpuasa. INsyaallah, semoga Allah menerima amalan puasa yang dilakukan. Insyaallah, bila berpuasa dapat menghampiri diri pada tingkatan taqwa, dapat dekatkan diri dengan Allah dan pada masa yang sama, dapat menjadikan diri lebih bersyukur dan 'empathy' pada nasib orang lain. Puasa, wajib ataupun sunat, memang amalan yang banyak ganjarannya, tak perlu saya sebutkan di sini, try haji google, mesti ada je blog - blog yang tulis tentang kelebihan puasa. Tinggal kita je yang nak puasa ataupun tidak. Tepuk dada, tanya iman!