Tuesday, October 13, 2009

kejayaan yang sebenar ...

Bismillahirrahmanirrahim...

" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. " (Ali Imran: 104)

Sungguh, bukanlah kejayaan itu pada banyaknya harta dan wang ringgit, bukan pada besarnya mahligai di dunia, bukan pada tingginya pangkat dan kerjaya..kesungguhan dan istiqamah kita dalam melalukan amar ma'ruf dan nahi mungkar adalah erti kejayaan yang hakiki, kejayaan pada nilaian neraca Islam, kejayaan di sisi Allah s.w.t. Apa lagi yang kita dambakan andai bukan kejayaan yang diiktiraf oleh Allah. Biar apapun jalan yang kamu pilih dan lalui, tetapkanlah hati untuk terus menyeru kepada kebajikan.

Sungguh, jalan dakwah ini tidak dibentangi dengan permaidani tapi jalan yang menguji pengembaranya. Kuatkan kesabaran dan semangat, insyaallah, kunci kejayaan. Pohonlah kekuatan daripada Allah dengan jalan sabar dan solat. Sematkan di dalam jiwa, nasihat Luqmanul Hakim, semoga kita tidak tersungkur rebah sebelum sampai ke destinasi yang di tuju(syurga)...

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang amat besar dan penting untuk dilakukan” [Luqman 31: 17]

Usah berputus asa andai kata - kata dan seruanmu tidak didengari. Sungguh, Allah tidak akan menyoal manusia pada hari akhirat kenapa kamu tidak beroleh kemenangan, tetapi Allah akan menyoal mengapa kamu tidak berjihad. Allah juga tidak akan menyoal kenapa kamu tidak berjaya, tetapi Allah akan menyoal kenapa kamu tidak bekerja. Hidayah itu milik Allah, dikurniakan kepada hamba - hamba yang dikehendakiNya. Biar apapun yang kau perolehi di sepanjang jalan dakwah ini, pahit ataupun manis, teruskanlah memberi peringatan!

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” [al-Ghasyiah 88: 21-22]

Tsabbit quluubana, Ya Allah!

I can't keep my eyes on you luvs


3 comments:

  1. assalamualaikum wbt..subhanallah~ terima kasih kak utk peringatan..sama2 berjuang insyaAllah =)

    ReplyDelete
  2. insyaallah..sama2 berjuang,,sama2 menghadapi suka n duka :)

    ReplyDelete
  3. speechless pada.. :)

    (i) nukilan akak yg mmberi kekuatan.
    (ii) kecomelan dua gmbar yg diakhir post ini.

    p/s:saya seorang yang tak suka (baca:tak reti nk layan n jaga) budak, dan jarang berkata, "comelnya budak tu", walaupun kawan2 disekeliling berkata demikian. tapi, bila tgok gmbr anak2 buah akak tu, memang saya nk kata, "comelnya!! rasa nk cubit2.. :P"

    selamat 'bekerja' kak yanti! ;)

    ReplyDelete