Bismillahirrahmanirraahim..
"Takpe dik, dunia ni kecikje, nanti kite jumpe lagi, insyaallah," kata seorang senior kepada seorang junior ketika hendak pulang ke Malaysia for good..
"Alahai, keciknye dunia, balik - balik kita jumpe di Ireland," kata Upin kepada Ipin setelah lama terpisah..
(dialog di atas hanya rekaan semata - mata, tiada kena mengena dengan sesiapa =))
Saya seringkali mendengar dialog sedemikian. Mungkin saya sendiri pernah mengatakan bahawa 'Dunia ini kecil'..Mungkin ia sinonim dengan pertemuan yang tidak di sangka - sangka..
Saya seringkali teringat peristiwa yang berlaku sewaktu saya di tingkatan 2 tatkali mendengar orang menyebut ungkapan "dunia ini kecil". Perhimpunan pagi Ahad minggu itu, lebih 'istimewa'(baca: lebih panjang) berbanding perhimpunan minggu - minggu yang lain. Minggu itu adalah hari terakhir buat kaunselor di SMSPP. Alhamdulillah, beliau dinaikkan pangkat dan akan bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah. Di akhir perhimpunan, beliau dijemput untuk memberikan farewell speech.
Ucapan kaunselor panjang (as usual). Namun, antara yang saya masih ingat adalah..
" Insyaallah anak - anak, kita pasti akan berjumpa lagi. Jangan bimbang, Dunia Allah ini kecik, kita pasti akan berjumpa lagi...."
Majlis bersurai dan kelas bermula seperti biasa..
Kelas pertama pada hari itu adalah kelas Bahasa Arab. Seperti biasa Ustaz Mokhtar masuk ke kelas on time dan berborak - borak sekejap dengan kami. Tiba - tiba, ustaz bertanya kepada kelas..
"Eh, antum semua dengaq ucapan kaunselor tadi?"
"Dengar, dengar, ustaz.." kami menjawab. Walaupun taklah kami sangat pay attention pada ucapan kaunselor ;P..
Ustaz menyambung bicara lagi..
"Tak baik cakap Dunia Allah ni kecik, che'..Salah tu..Allah kata dalam Al Quran yang dunia ni luas, terbentang las untuk kita. tak mampu untuk kita teroka semua..Tak baik cakap lagu tu.."
"Ustaz kena betulkan kat kaunselor la macam tu.."
"Dah, ustaz dah cakap tadi. Benda macam tu kena habaq cepat - cepat. Nanti antum semua jangan cakap lagu tu na..Dahla tu...Al annn (sekarang dalam dalam bahasa arab)....ustaz pun memulakan pembelajarannya =)
Petang itu juga, saya sempat berbual dengan Ustaz Nasir dan beliau turut membetulkan perkara yang sama..
Alhamdulillah, teguran kedua-dua ustaz itu masih segar di ingatan. Sungguh,saya rindukan cikgu - cikgu yang sentiasa memberikan kata - kata hikmah buat pedoman hidup..
Sungguh, bumi dan dunia luas. Amat luas. mengembara ke seluruh permukaan bumi inipun belum pasti kita mampu melakukannya, apatah lagi untuk pergi ke angkasa dan planet - planet yang lain..
Firman Alah di dalam Al Quran
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al Baqarah: ayat 255)
Insyaallah, semoga selepas ini, bibir ini tidak lagi mudah menyebut kata - kata "dunia ini kecil". Bukan kerana dunia yang kecil, tetapi kerana kekuasaan dan ketetapan Allahlah yang telah menemukan dua insan di dunia yang terbentang luas. Baik dua orang sahabat, mahupun laila dan majnun yang sudah lama dan jauh terpisah,tapi akhirnya bertemu di suatu tempat, maka tidaklah sukar bagi Allah untuk mengatur pertemuan itu..
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
(Yasin: ayat 82 - 83)
Sungguh, Allah swt itu Maha Berkuasa, Maha cantik percaturanNya. Insyaallah, semoga setiap pertemuan yang tidak di duga itu mengingatkan kita kepada kekuasaan ALlah yang tidak dapat dijangkaui oleh akal manusia. Semoga setiap saat yang berlalu, menjadikan kita insan yang sentiasa mengagumi kekuasaan Allah lantas, menjadi insan yang lebih taat kepadanya..
Subhanallah, walhamdulillah wallahu akbar...
terima kasih kak yanti. :)
ReplyDeletebaru saya realise benda ni.
walaupun sebelum ni tau, tapi tak realise.
huk~
betul~!
saya suka perenggan ni,
"Insyaallah, semoga selepas ini, bibir ini tidak lagi mudah menyebut kata - kata "dunia ini kecil". Bukan kerana dunia yang kecil, tetapi kerana kekuasaan dan ketetapan Allahlah yang telah menemukan dua insan di dunia yang terbentang luas. Baik dua orang sahabat, mahupun laila dan majnun yang sudah lama dan jauh terpisah,tapi akhirnya bertemu di suatu tempat, maka tidaklah sukar bagi Allah untuk mengatur pertemuan itu.."
:)