Monday, August 17, 2009

Terima kasih Ma,Terima kasih Allah

bismillahirrahmanirrahim...

Maha Suci Allah, yamg telah mengurniakan segala nikmat dan juga ujian. Segala puji bagi Allah atas segala perancangan yang cantik disusun buat hamba yang hina dan tidak mengerti ini..

Masuk tahun ni, sudah 4 kali saya pulang bercuti untuk summer holiday (balik tiap - tiap tahun =)). Namun begitu, setiap kepulangan membawa kisah yang berbeza. Awal semester tahun lepas, hati memang galak dan nekad tak nak balik summer tahunni, cita- cita nak buat research, gaining new experience and mencantikkan CV. Tapi, ujian kesihatan yang ditimpa Allah winter yang lalu, menambahkan 'homesick'. Masukje buan February, terus beli tiket balik Malaysia. =).

Takpelah tak buat research, cuti ni mesti pergi attachment di HKT. Maka, pergilah faculty office minta surat untuk buat attachment, tapi surat tu pun tak diposkan ke HKT..hihi..Bila call kakngah pula, beria minta buat attachment di HKL supaya ma boleh terus jaga twins di KL. Ok, nantilah adik fikir.. Last - last, tak pasti lagilah nak buat attachment ke tak. Lagipun tahun ni tak wajib buat attachment.

Lagi 2 minggu nak cuti summer. Packing time!!!!! OK, jangan lupa bawa balik stethescope dan patella hammer, if tak buat attachment pun, janji sekali seminggu cek ma atau abah. Taklah berkarat sangat ilmu medicine and surgery..

Sesungguhnya, Allahlah sebaik - baik perancang. Apa yang saya rancangkan di atas tak jalan pun dan cuti summer pun hanya tinggal 10 hari je lagi. =). Tapi, adalah saya buka buku dan study sikit - sikit, tak nak rasa bersalah sangat. Hihi..

Walaupun cuti ni tidak ada satu pun yang dirancang menjadi (termasuklah meluangkan masa bersama kakcik), tapi Allah tak pernah tinggalkan hidup saya kesunyian. banyak perkara baru yang saya pelajari dan alami, walaupun ada impian besar yang tidak kesampaian..

Aktiviti cuti summer..
Sepenuh masa di habiskan di KL, hanya 4 hari pulang ke Terengganu..

Menjadi 'bibik'..
Subhanallah, pengalaman yang berguna dan praktikal dan begitu dekat di hati.. This year, the family is expanding. 3 orang nieces and nephew. Heliza farisa, Heleena Felisa, Muhammad Izzad.. Tahun ni, baru betul - betul merasa pangkat che' sue. Walaupun penat melayan kerenah diorang, hati cukup terhibur dan terusik. Gembira melihat mereka tersenyum terutamanya di dalam lena. Kalian mengajar che' sue erti pengorbanan dan kesabaran (baca: memdidik sifat keibuan.hihi) ..To be honest, penat menjaga anak kembar, lebih - lebih lagi kakak (hardreena) pun nak kena layan. Patutlah ma sering mengadu sakit lutut dan letih. Saya yang muda ni pun rasa penatnya, apatah lagi ma. Insyaallah, first step praktikal tarbiyatul aulad saya, bekalan buat masa hadapan, insyaallah, jika ada rezeki dari Allah. Melihat kalian membuat che' sue ketawa dan menitiskan air mata.. Teringat lagu Aeman..Anak - anak itu bersih... Doa Che' sue agar kalian membesar dengan sihat, dalam nikmat Islam dan kasih sayang yang sebenar.. Tapi, kadang - kadang tu ada jugak 'side effects' menjadi pengasuh ni..seperti firman Allah dalam surah al Hadid, ayat ke 20

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. "

Itu kisah saya menjadi bibik..Panjang untuk diceritakan segalanya. biarlah kenangan indah itu tersemat dihati, menjadi bekalan untuk anak - anak sendiri, insyaallah..

Although, it's summer, the sun does not shine all day long.. There are times that the rains pour heavily, leaving the day so gloomy.. And that's how my summer experiences go on..

Tahun ini, sekali lagi saya di uji dengan ujian yang saya berharap agar tidak lagi saya ketemu. Tapi saya redha, kerana yakin ALlah lebih mengetahui segalanya.

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. " (Al baqarah: 216)

Perit Walaupun sudah saya menjangkakannya. Mungkin ini yang terbaik untuk saya. Walaupun cuba untuk tidak menitiskan air mata, saya tewas, worse than that, saya menangis di hadapan ma. Ma, maafkan Adik. Terima kasih atas nasihat dan kasih sayang yang tak pernah pudar. Terima kasih Allah kerana mengurniakan Ma yang sentiasa sabar melayan kami adik beradik. Ya Allah, aku mohon padaMu agar di jauhkan hasrat hati ini daripada apa yang tidak kau ciptakan untukku dan damaikanlah hati ini dengan segala ketentuanMu.

Insyaallah, every cloud has its silver lining. Orang lain di uji dengan pelbagai mehnah yang jauh lebih getir dan berat, tapi mereka sabar dan berjaya mengharungi segalanya, insyaallah. Sedangkan diri ini, hanya ujian yang kecil jika dibandingkan dengan sahabat - sahabat yang lain..

Tabahlah wahai hati, sabar dan dekatkanlah diri dengan Allah tanpa leka dan alpa..Tuhan, aku yakin dengan janjiMu..

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (Al Baqarah: 287)

1 comment:

  1. assalamualaikum kak yanti. :)

    sayaaanng akak! ;)

    ReplyDelete