Ma dan abah.
That's how I call them..ada yang memanggil ibu dan ayah, mama dan papa, umi dan abi and the list goes on. tidak kisah bagaimana kita semua memanggil mereka, tapi hakikatnya merekalah insan yang paling penting dalam hidup kita. tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa ''mereka adalah segala-galanya''.seorang ibu mengandung dan melahirkan anak, menjaga, mendidik dan membesarkan anak - anak sehinggalah ke akhir hayat mereka. bukan hanya sehari, sebulan, setahun mahupun sedekad tugas itu di pikul tapi hingga ke akhir hayat mereka.
Ma dan abah.
Saya adalah anak bongsu kepada dua insan yang mulia ini. merekalah insan yang paling menyayangi saya dengan kasih sayang yang tiada tandingannya. merekalah yang melahirkan saya, membesarkan saya, dan memberikan segala sesuatu yang mereka mampu dengan sesempurna mungkin. saya akui saya tidak akan mampu untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka sekalipun saya membelanjakan segala harta di dunia, hatta melakukan apa segala perkara sekalipun, ia tidak akan sama dengan pengorbanan ma dan abah. Apatah lagi apabila mengenangkan diri ini yang jauh di perantauan. Ini bukan kali pertama saya berjauhan dengan mereka. di lahirkan pada 15 Jun 1985, itulah kali pertama saya melihat mereka. Pada usia sekecil itu, tiada apa yang dapat saya lakukan untuk membalas jasa mereka. Mungkin, hanya senyuman dan gelak tawa dari bibir si kecil itu sahaja yang menggembirakan mereka. Itupun, tidak mampu untuk menghilangkan keperitan ma melahirkan saya. saya berada di rumah bersama mereka selama lebih 12 tahun. Segala karenah saya mereka layan dengan kasih sayang dan kesabaran (tapi pernah juga kena marah rotan, pernah juga kene kurung di luar rumah, nakal sangat =P) 8 Mac 1998, saya ke SBP (SMSPP). Pertama kali sayaberjauhan dengan ma dan abah. sedih. Itulah perasaan yang paling besar saya rasakan pada saat itu. saya menitiskan air mata setiap kali melepaskan ma dan abah pulang selepas melawat saya di asrama. Lokasi sekolah yang agak jauh memungkinkan ma dan abah melawat saya dalam sekali sebulan sahaja. Setelah tamat bersekolah, saya meneruskan pengajian ke KMB. Selepas dua hari menyambut hari lahir yang ke 19, saya meneruskan kehidupan di banting, selangor, again, far away from ma and abah. Antara timur dan barat. 10 september 2005, sekali lagi saya di pisahkan jauh dengan ma dan abah. Kali ini, memang sangat jauh beribu batu, merentasi lautan dan benua. Sungguh, di sepanjang berjauhan dengan ma dan abah, saya rindu untuk mengucup tangan mereka sebelum ke sekolah sebagaimana rutin saya sewaktu di sekolah rendah dahulu. Saya rindukan mereka dan saya tahu ma dan abah pun merindui saya dan adik beradik yang lain. Tapi, kejauhan itulah yang memberikan kekuatan dan semangat kepada saya. Saya tahu setiap langkah saya dalam kehidupan ini pasti di iringi doa dan keredhaan ma dan abah.
Ma dan abah.
Saya sayang mereka. memikirkan mereka sahaja sudah cukup untuk membuatkan air mata ini mengalir. bukan setitis tapi berlinangan dan bercucuran. semasa saya kecil hinggalah dewasa(tapi bukan sekarang), tiap - tiap hari saya akan berdoa, memohon kepada Allah agar ma dan abah tidak akan dipisahkan dari diri ini. Ya Allah, saya tidak dapat membayangkan bagaimana saya dapat meneruskan kehidupan tanpa ma dan abah di sisi. life is useless without them. itulah yang saya rasakan. Tapi kini, saya sedar doa saya itu bukanlah yang terbaik untuk mereka. kerana sesungguhnya, apa yang ada di sisi Allah itu dan apa yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik untuk mereka. walaupun mereka telah tiada suatu hari nanti, saya tetap anak mereka, hatta saya akan di talkinkan dengan nama ma pada hari kematian saya sendiri. Tugas dan tanggungjawab saya tidak akan berakhir walaupun mereka sudah bertemu dengan Rabb. Tapi saya yakin saya masih akan dapat berbakti kepada mereka. Malah, saya adalah saham yang akan memberikan keuntungan yang berlipat ganda kepada mereka. Tapi ada syaratnya; anak yang soleh, itulah syaratnya..sungguh, rasul saw telah berpesan, ‘’apabila mati anak adam, maka terhapuslah segala amalan melainkan tiga perkara:
1. sedekah jariah yang di berikan
2. ilmu yang berguna yang di ajarkan kepada orang lain
3. doa anak yang soleh kepada ibubapanya
kini, doa saya berubah. Saya takut untuk berdoa sesuatu yang bertentangan dengan takdir Illahi. Sungguh, dunia ini hanya sementara. Semua yang bernyawa pasti pulang menemui penciptaNya.
Kini, lidah ini tidak jemu berdoa agar diri ini dijadikan hamba yang soleh, anak yang soleh, penyejuk di mata ma dan abah.
‘’Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah dan Penyayang, jadikan hambaMu ini, hamba yang sentiasa taat dan patuh kepadaMu, jadikan aku anak yang solehah agar aku bias menjadi saham untuk ma dan abah di akhirat kelak’’.
Ma dan abah.
Adik sayang ma dan abah. Adik rindu pada ma dan abah. Ma teman di kala duka dan suka, ma menangis tatkala adik menangis. Apabila adik gembira, kita ketawa bersama – sama. Sungguh, tiada pengorbanan seikhlas pengorbanan ma dan abah. Di hati ini, tiada perasaan yang mampu adik ungkapkan untuk menyatakan rasa syukur pada Allah atas kurniaan ‘ma dan abah’ yang begitu berharga.
‘’Tuhan, syukurku padaMu atas nikmat islam dan iman, atas nikmat kasih sayang yang kau titipkan melalui ma dan abah’’
MA AND ABAH ,
I’M PROUD TO BE YOUR DAUGHTER , TRULY I AM =)
‘’Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan) surah luqman: ayat 14’’
Lots of love,
Adeqsue
No comments:
Post a Comment