Bismillahirahmanirrahim
Kagum mendengar kisah hidup seorang sahabat..sudah menutup aurat dengan sempurna semenjak berusia 2 tahun lagi. Masyaallah, hebat! Jauh di sudut hati, saya mencemburui kehidupan yang diperolehi oleh sahabat itu. Tapi, Tuhan itu Maha cantik perhitunagan dan perancaganNya. Seandainya, setiap manusia itu diciptakan sama sahaja perjalanan hidup mereka, apalah erti kehidupan dan kehambaan. Hidup kita tak bertemplate :).
Di sepanjang perjalanan ini, pasti ada susah dan senangnya. Ada ketikanya kita di atas, ada masanya kita di bawah. Dan sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa serta perkara - perkara yang tidak bermanfaat..
Saya dan Bola
Saya memang meminati bola. Memang suka menonton football match semenjak di sekolah rendah lagi baik EPL, Serie A mahupun La liga. Malah sanggup mengorbankan tidur kerana nak tengok bola. Bukan setakat tengok, bahkan strategi, pemain - pemain, semuanya lancar di bibir. Sewaktu di sekolah, pertama kali saya turun ke bilik TV adalah sewaktu form 5 semata - mata nak tengok semifinal world cup antara brazil dan England, masa tu weekend, so boleh tengok tv. Memang sebelum ni saya tak pernah tengok tv di asrama. Begitulah juga di KMB. Kali pertama saya turun ke bilik TV adalah untuk menonton bola...Team favourite saya (was) Juve, favourite country Azzuri..
MInat kepada bola itu berterusan hinggalah saya dewasa. First year di Eire, ada TV di accomodation dan memang dapat channel skysport. Maka, tiap tiap minggulah saya menonton Serie A. Memang rasa puas bila tengok team favourite bermain. Kalau rasa bersalah, bawak buku depan TV, time break buka buku sekejap (studyla kononnya)..Memang kadang - kadang tu rasa bersalah, sebab masa selama 1jam 30 minit itu (sekurang - kurangnya) boleh dimanfaatkan untuk perkara lain yang lebih berfaedah..but i was soooooooo addicted to football.
----------------------------------------------------------------------------------
Turning point dalam kehidupan..
Alhamdulillah, dalam hidup ini, banyak turning points yang saya lalui which are very significant. Alhamdulillah, hidayah daripada Allah melalui kakak2 yang saya sayangi di GAlway..
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِي اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ
Terjemahannya:
Daripada Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Di antara kebagusan keIslaman seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak berguna bagi dirinya.
[Hadis Hasan Riwayat Imam Tarmidzi]
Hadith pengubah kehidupan...Gelaran yang saya berikan kepada hadith di atas. Hadith tersebut, walaupun pendek, memberikan kesan yang mendalam dalam diri ini. Tahun pertama di Ireland, saya mengenal erti Islam dan syahadah yang sebenar. Hidup tidak sekosong dan selengang dahulu. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diutamakan. Malah, banyak juga perkara yang perlu saya tinggalkan, termasuklah 'tengok bola'. Saya tidak mengatakan bahawa menonton perlawanan bola itu tidak bermanfaat, tapi ia 'kurang faedahnya' kepada diri dan cita - cita saya.
Walaupun adakalanya saya terfikir bahawa minat ini boleh saya manfaatkan untuk dakwah fardiah; ie tarik mad'u yang suka bola, tapi berapa kerat je girls yang betul - betul suka bola. Takkan nak buat DF dengan boys. Unacceptable!
Bukan mudah untuk meninggalkan jahiliyah (in my own definition). Karat - karat jahiliyah itu tidak akan pudar. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan dan pertolongan. Memang saya doa supaya minat saya kepada bola berkurang. Biar masa yang ada digunakan untuk untuk perkara lain yang lebih penting bermanfaat. Walaupun kadang - kadang, pernah juga stay up untuk tengok bola bila di Malaysia, tapi memang selalunya bola yang tengok saya. Susah untuk saya meninggalkan bola sepenuhnya. Selalu sahaja mencari alasan untuk tidak meninggalkannya. Kadang - kadang terfikir, mungkin ada faedah di masa hadapan. But, i have no idea what there future is up for me..Frankly speaking, i'm not 100% free from football yet..
Saya bukannya ingin bercerita tentang saya dan bola, tapi apa yang ingin saya sampaikan adalah
1. kita ada kelebihan dan kekurangan. kekurangan yang ada perlu dibaiki, kekuatan yang ada perlu digilap dan dimanfaatkan
2. Bermujahadah dan mohonlah pertolongan daripada Allah dalam apa jua perkara hatta pada sekecil kecil perkara. Mudah - mudahan semoga Allah permudahkan.
3. Memang sakit dan pedih meninggalkan perkara yang tidak baik, tapi kepedihan itu akan hilang dan pahala itu akan berkekalan. Melakukan perbuatan yang sia - sia itu indah dan manis, tapi kemanisan akan pudar dan dosa itu kekal selama - lamanya..
INsyaallahu Ta'ala,semoga kita semua mengecapi nikmat kemanisan iman....
عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”
akak, time akak form 5 tuh, bukan semifinal, tapi quarterfinal kak..
ReplyDeletesekadar makluman..
oo yes2,, brazil wasn't in the final,tengs
ReplyDelete