Sunday, January 17, 2010

Hijab ...

Bismillahirrahmanirrahim..

'Kita asyik fikir hijab fizikal, tapi hati tu kita tak fikir, hati tulah hijab yang paling penting, hati tu yang nak kene di jaga' kata seorang sahabat ketika kami asyik membincangkan tentang isu orang lelaki yang menjadi pemandu, dan penumpangnya muslimat (2 lelaki di depan, dan 3 orang perempuan di belakang).

Hmmm..
Saya terdiam. Diam kerana cukup terkesan atas peringatan yang diberikan oleh seorang sahabat. Bagaikan baru pertama kali saya mengetahuinya. Ya, hati itulah hijab, hijab yang menghalang diri daripada maksiat yang dimurkai Allah. Baik besar mahupun kecil.
Hati itulah penentu segala - galanya. Sungguh, daripada hati yang bersih dan suci itulah terpancar akhlak yang mulia, akhlak yang menjadi qudwah hasanah pada orang di sekeliling.



Hati asas pergaulan :)
Dalam kehidupan seharian, kita memang akan sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lelaki. Memang tidak dinafikan, hijab fizikal seperti menjarakkan diri, tirai mahupun niqab itu perlu di jaga, tapi hati itulah penguasa. Apa yang kita lakukan, tampak di mata dan menjadi pandangan orang lain. Tapi,apa yang ada di hati itu, hanya Allah dan diri sendiri yang mengetahui..Dan hati itulah yang sering berbolak balik, sering di cuit-cuit oleh syaitan agar kita sentiasa leka dan lalai. Tapi, Allahlah yang memegang hati kita semua. Berdoalah kepada Allah, agar kita sentiasa diberikan kekuatan untuk memelihara hijab hati ini.

Muhasabah buat diri sendiri..
Ya Allah,
Kurniakanlah kami hati yang bersih, hati yang sentiasa tenang mendapat hidayahMu ke jalan yang lurus, jauhi kami daripada maksiat dan kemurkaanMu

Ya Allah,
Bersihkanlah hati kami, hiasilah diri kami dengan sifat-sifat mahmudah, jauhilah kami daripada sifat mazmumah

Ya Allah,
Tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMu dan matikanlah kami dalam iman dan taqwa.

Ameen ya Rabbal A'lamin.

No comments:

Post a Comment