Bismillahirrahmanirrahim..
Seorang sahabat pernah bertanyakan tentang keistimewaan dan kekurangan diri saya..
Saya diam seketika(clueless, I guess). Pertanyaan yang kurang saya gemari. Namun saya cuba untuk tidak menghampakan pertanyaan tersebut, menjawab mana yang mampu. Saya tidak ada masalah untuk menyatakan kelemahan diri sendiri(dari apa yang saya ketahui), tapi menyatakan keistimewaan diri sendiri itu cukup payah untuk saya lakukan.
Saya pernah ditanya oleh seorang guru ketika di KMB ketika mock interview, "tell me special things about yourself"..
I smiled straight away. Haven't had anything to say. "Well, i don't see anything special about myself. I'm an ordinary people. I might have something special to give, but it's not too big" That was my reply. I knew I did not answering the question. But I wanted to be frank.
Bukan kerana diri ini tidak punya keistimewaan...
Saya takut mengatakan begitu dan begini tentang diri sendiri, saya pandai itu dan ini, saya boleh buat itu dan ini..Takut cakap tak serupa bikin. Takut apa yang dikata, tak sama pada mata orang di sekeliling. Memang benar ada yang mengatakan bahawa 'biarlah apa yang orang nak kata, asalkan Tuhan tak kata', tapi dalam hidup ni kita saling memerlukan dan berinteraksi antara satu sama lain. Seboleh - bolehnya, iarlah 'hablumminallah dan hablumminnas' itu seimbang.
Tapi apa yang lebih penting, adalah nilaian 'istimewa' pada kacamata saya. Istimewanya sesuatu perkara atau perbuatan itu, bukan terletak pada apa yang saya lakukan, tapi terletak pada nilaian orang yang menerimanya. YA, ANDALAH YANG MENILAINYA. Seandainya saya sendiri yang mengaku keisitimewaannya, itu adalah SYOK SENDIRI!.
Tapi, Insyaallah, apa jua yang dilakukan mahupun apa yang diberikan, dilakukan dengan kesungguhan. Memberi bukan sekadar dengan apa yang ada, tapi memberi dengan kesungguhan. Itulah pengorbanan!
Pesanan buat diri..
Manusia suka DIHARGAI, tapi kadang - kadang lupa untuk MENGHARGAI. Atau mungkin kita hanya menghargai apa yang indah di mata kita sahaja, lupa untuk memikirkan pengorbanan orang lain. Belajarlah untuk menghargai walaupun pada sekecil - kecil perkara kerana setiap sesuatu itu punya nilainya yang tersendiri :)..
No comments:
Post a Comment