Friday, December 10, 2010

Munajat kepada Allah

Munajat antara hamba dan Allah..
Allah telah berfiman, “Aku telah membahagikan surah Al fatihah untukKU dan untuk hambaKU menjadi dua bahagian, dan AKu akan mengabulkan apa yang hambaKU pinta.”
Apabila hambaNya membaca: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “HambaKu telah memujiKU”

Apabila hambaNya membaca: Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “HambaKu telah memujiKU”

Apabila hambaNya membaca: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “ HambaKU telah mengagungkanKU. Lalu Allah berfirman sekali lagi, “HambaKu telah memasrahkan urusannya kepadaKu”

Apabila hambaNya membaca: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “ Inilah urusan antara Aku dan hambaKU, dan Aku akan mengabulkan apa yang hambaKU pinta”

Apabila hambaNya membaca: Tunjukilah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “Ini adalah untuk hambaKU dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.”

No comments:

Post a Comment