Bismillahirrahmanirrahim...
Teringat pada soalan seorang sahabat ketika di hospital..
"So, when are you going to get married?"
Shocked with the question, I replied,
" Don't u have a better question to ask?"
That was my only answer..
Pada usia sebegini (i'm not that old anyway), memang susah untuk mengelak daripada ditanya tentang rumahtangga. Memang susah untuk saya menjawabnya..
Tipu untuk saya katakan bahawa hati ini tidak terdetik melihat teman - teman semua mendirikan rumahtangga dengan pasangan mereka. Memang fitrah Allah menjadikan manusia itu hidup berpasangan. Nabi Adam ketika di syurga Allah yang penuh nikmat itupun menginginkan Hawa untuk hidup bersama di syurga. Saya pun sama. Punyai fitrah yang sama..
Jauh disudut hati, ingin benar menjadi seperti Ummul Mukminin, Saiditina Khadijah. Memberikan Kasih sayang dan kesetiaan buat suami yang tiada tolak bandingnya. Di kala semua manusia menolak Rasulullah, dialah yang setia di sisi baginda, membelanjakan segala harta untuk dakwah suami tercinta. Khadijah, di kenang rasulullah, walaupun jasad sudah tidak lagi di sisi baginda.
Bukan tidak tahu pada kelebihan hidup berumahtannga. Besarnya pahala dan ganjaran ibadah mereka yang sudah mendirikan rumahtangga. Menikah itu sunnah Rasulullah dan rasulullah suka akan umatnya yang mengikuti sunnahnya. Menikah juga melengkapkan sebahagian daripada iman. Subhanallah, besar ganjaran Allah bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga. Tipulah sekiranya saya mengatakan bahawa saya tidak mengiginkan semua itu..
Tapi, saya harus mendidik hati, mengingatkan diri bahawa berkahwin itu bukan hanya kerana indahnya hidup bersama insan yang tersayang, bukan hanya kerana melihat sahabat - sahabat lain sudah mendirikan rumahtangga. Tapi perkahwinan merupakan satu ibadah, jalan untuk mendekatkan diri kepada Rabbul Jalil..
Berkahwin, bukan mudah. Amanah, tanggungjawab, kasih sayang semuanya perlu dilunaskan kerana Allah. Hidup seorang diripun tidak pernah lari daripada masalah, apatah lagi bila hidup berdua, bertiga, berempat (hingga ke seberapa banyak yang mungkin :)), sudah pasti banyak lagi benda yang perlu difikirkan.
Mungkin Allah tidak menjadikan perkahwinan sebagai salah satu jalan untuk saya mendekatkan diri kepadaNya (at the moment, insyaallah), saya yakin Allah akan membuka jalan lain untuk saya beribadah kepadaNya. Sayalah yang perlu mencari dan terus mencari jalan untuk meraih cinta Illahi.
"Wahai orang - orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya), dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung" (Al Maidah: ayat 35)
YA Allah, jangan sesekali Kau tarik nikmat Islam yang Engkau kurniakan pada diri ini,
dan berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus berjihad di jalanMu,
Seandainya Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati ini sebagai syuhada' di jalanMu..
Ameen ya Rabbal A'lamin..
No comments:
Post a Comment