Saturday, March 13, 2010

The price of paradise..

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidupni kita banyak persoalan, banyak juga keputusan yang hendak dibuat, baik kecil keputusan yang kecil mahupun besar. Bagi adik - adik yang baru sahaja mendapat result SPM, pening memikirkan kursus apa yang hendak diambil di universiti, nak belajar di oversea ataupun local universiti sahaja. Bagi yang menginjak usia 20an, ada yang memikirkan tentang rumahtangga dan kerjaya. Berkira - kira bila nak kahwin dan urusan pekerjaan. Pendek kata, kita banyak berfikir dan membuat keputusan. Memikirkan tentang kehidupan dunia memang tidak akan habis, hinggalah ke akhir hayat. Macam - macam perkara yang hendak kita fikirkan. Tapi bagaimana pula dengan persoalan akhirat?

Persoalan akhirat, antara syurga dan neraka..
"Nanti di akhirat, nak berada di syurga atau neraka?"

Jujur saya katakan, saya tidak pernah bertanyakan diri sendiri tentang soalan di atas sehinggalah saya menonton video yang disampaikan oleh Yushua. Sememnagnya persoalan tentang syurga dan neraka hanyalah retorik, kerana memang jawapannya sudah pasti kita semua ingin ke syurga. Semua orang nak masuk syurga. Tapi persoalannya, apa yang sudah kita lakukan dan yang hendak kita lakukan untuk kita menjejakkan kaki ke syurga Allah?

Bagi seorang pelajar yang bercita - cita menjadi doctor (memang nak sangat jadi doctor), mereka cuba mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM. Buat nota, pergi ke tuition, menumpukan perhatian dalam kelas, rajin bertanya. Cukup rapi dan teliti persediaan bagi menghadapi peperiksaan. Bagaimana pula persediaan kita untuk masuk ke syurga? Renung dan tanyalah pada diri sendiri. Apa yang sudah kita lakukan untuk meraih redha dan rahmat Allah agar kita bisa menatap wajahNya di syurga kelak?

Sungguh, syurga itu tidak ternilai harganya...



5 parts altogether, watch until the end,, insyaallah, worth doing it :)..

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

No comments:

Post a Comment