Bismillahirrahmanirrahim...
Few lessons from ma dan abah..
1. Bila dah masak, kemas dan bersihkan dapur terus. Biar dapur bersih sentiasa. Kalau masak sedap pun, tapi tak pandai jaga kebersihan dapur, dia bukan orang yang pandai masak. Dah masak lauk, hidang atas meja, letak dalam pinggan cantik - cantik.
2. Lepas masak, sapu lantai, jangan biar ada sampah atau habuk atas lantai. Biar lantai bersih, baru selesa nak pijak.
3. Sebelum masuk tidur, make sure sinki bersih dan tak ada pinggan yang masih belum cuci. Lauk yang tak habis, panaskan supaya tak basi, ataupun masukkan dalam fridge. Jangan tinggalkan atas meja. Nanti cepat rosak, takpun tikus yang curi - curi makan..
4. Masak ni senangje, campakje bahan - bahan, asal cukup masam, masin, manis.Bila ma masak, duk kat dapur, tengok ma masak, tak payah tanya tanya resepi.
5. Baju bila dah angkat dari jemuran, terus lipat, jangan tinggal bertimbun - timbun sampai tikus pun boleh buat sarang.
6. Bangun pagi, sibuk manapun, rumah kene sapu, sekarang lagi senang ada vacuum. ma sapu rumah dulu kene penyapu biasa, sapu carpet guna penyapu lidi, tapi still buat tiap - tiap hari.
7. Abah cuci toilet every weekend sebelum pergi solat jumaat. Ma kata, kalau nak tahu rumah orang tu bersih ke tak, tengok toilet kat rumah orang tu. Kalau toliet bersih, bahagian lain pun insyaallah bersih.
8. Ma dan abah suka bunga. Dalam rumah banyak bunga, luar rumah pun penuh dengan bunga. Dulu, allergic tengok bunga banyak - banyak, but now i like them very much. A smell of roses in the morning, really makes my day.
9. Tanam pokok buah - buahan dan sayur kat rumah (untuk yang ada halaman rumah yang besar). Nanti hasil boleh makan dan tak payah beli, selebihnya bagi pada jiran - jiran. Kalau ada budak - budak yang ambik lepas balik sekolah, halalkan, ok!
10. Bila masak, bagi kat jiran sebelah jugak, walaupun hanya semangkuk kecil.Bila orang nak pinjam duit, walaupun kita hanya ada 10 ringgit, bagilah setakat mana yang kita mampu.
Those are few things that i learnt from ma dan abah. Benda yang takkan dapat walaupun setinggi mana belajar. Ada yang ma dan abah ceritakan, tapi kebanyakannya adalah daripada observation. Ma dan abah tak belajar tinggi macam anak - anak, tak ada harta untuk diberikan untuk anak - anak, cuma boleh berikan kasih sayang dan doa untuk anak - anak.Indeed, My parents are not perfect but they are the most precious and the best gift in my life.
----------------------------------------------------------------------
2 recommended books
2 buah buku yang nipis, tapi sarat dengan pengajaran dan panduan untuk melayari kehidupan berumahtangga. Penuh dengan nasihat dan tunjuk ajar serta kasih sayang..Insyaallah, worth reading them and they won't take much of your time, since everyone is busy preparing for their wedding =).
To all my friends,
Congratulations on ur wedding. Rasa terkilan tak dapat berjumpa dengan kawan - kawan, but my prayers are always with you..
‘May Allaah bless for you (your spouse) and bless you, and may He unite both of you in goodness.’
Semoga perkahwinan yang dibina dan cinta yang berputik, membawa kalian semua ke syurga, insyaallah..
Last but not least, jaga rumahtangga korang baik - baik, ambik hati in laws sentiasa biar jadi menantu kesayangan;p, hiasi rumah dengan kasih sayang serta ibadah yang ikhlas kepadaNya. Semoga kasih sayang Allah bersama kalian sekeluarga, insyaallah..
And among His Signs is this, that He created for you wives from among yourselves, that you may find repose in them, and He has put between you affection and mercy. Verily, in that are indeed signs for a people who reflect. (ar rum:21)
No comments:
Post a Comment