Friday, June 3, 2011

Erti hidup pada memberi..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kita manusia, bila kita memberi, kita mengharapkan balasan..kalau kita tak cakap di mulutpun, pasti terdetik di hati..
kadang - kadang tu, kita rasa tak adil, sebab kita buat baik, tapi kita dapat balasan yang tak best..maka kita pun rasa sedih..

KisaH para anbiya' dan pemberian mereka...

" Dan aku tidak meminta imbalan kepadamua atas ajakan itu, imbalanku HANYALAH dari Tuhan seluruh alam" (surah As syua'ra: 180)

kata nabi Nuh cukuplah imbalan yang diterimanya daripada Allah, atas segala apa yang telah di curahkan kepada kaumnya. Bukan nabi Allah Nuh sahaja yang berkata begitu,nabi Muhammad s.a.w, nabi Hud, nabi Syuaib, semuanya berkata benda yang sama (ayat tersebut di ulang - ulang banyak laki di dalam surah As syua'ra, boleh check sendiri dalam Quran)

Seandainya di bandingkan pemberian kita kepada seseorang dengan pemberian para nabi dan rasul, yang telah menunjukkan jalan Islam dan jalan kepada Allah, pastilah kecil sekali nilainya pemberian kita itu.

kadang - kadang kita memberi sambil lewa. Para anbiya' pula memberi hingga diri mereka terkorban, memberi dengan sepenuh hati, mereka di hina, dicaci, di sakiti ketika memberi. Tapi mereka tetap terus memberi, kerana mereka tahu dan sedar, biarpun kaum mereka tidak membalas pemberian mereka, tapi Allah pasti mengira setiap usaha mereka tanpa ada satu pun yang tertinggal. Dan sudah pastilah pemberian daripada yang Maha memberi dan Maha mengurniakan itu adalah sebaik - baik balasan.

Muhasabah diri...
Kadang tu rasa penat dan letih memberi, tolong orang, rasa tak di hargai etc..tapi sebenarnye membantu dan memberi taklah sebanyak mana pun, mengharapkan balasan je yang lebih..mmm..muhasabah daripada ayat yang pendek itu..memberilah, jangan rasa diri ini sudah cukup memberi, andai kita memberi sesuatu pun, hanya sekadar pemberian yang biasa - biasa sahaja, tidak sehebat pengorbanan nabi dan rasul. Berharaplah dan mintalah balasan, tapi bukan pada manusia, tapi pada Allah yang Maha Memberi. Allah menjanjikan syurga, yang dinikmatnya, tidak pernah mata melihatnya, wangian di dalamnya tidak pernah dihidu oleh pancaindera kurniaan ALlah, kecantikan dan keindahan yang tidak pernah dapat kita bayangkan...

Malah, bukan itu sahaja..tiba masanya di syurga yang kekal abadi....

Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]

Ya, Allah, jangankanlah Engkau jadikan hambaMu ini penat dan lelah dalam memberi, jadikanlah aku ya Allah, insan yang memberi ikhlas keranaMu,hanya mengharapkan balasan daripadaMu,,,ameen ya Rabb