Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

Kelab Poligami..

Bismillahirrahmanirrahim

Seperti biasa, hari ahad adalah hari saya meluangkan masa yang lama untuk membaca newspaper. Biasanya saya hanya membaca headlines pada akhbar harian (dan kebanyakannya tidak menarik minat saya =)), tapi surat khabar Mingguan Malaysia hari ahad minggu lalu mengingatkan saya kepada pertanyaan seorang sahabat sewaktu di KMB.

"Kalau suami ko nak kahwin lagi satu, ko bagi tak?"

Saya terkejut apabila ditanya sedemikian. Yelah, orang tengah ber'irp', tiba - tiba tanya pasal poligami..

"Nak kene jawabke?" saya bertanya kembali

"Yelah, dah tanya, mestilah nak tahu jawapan"

"Hmmm, saya tidak akan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. TAPI cuba dan buktikanlah dengan seorang, sebelum memikirkan tentang dua, tiga , mahupun empat," itulah jawapan yang saya berikan, dan seandainya saya ditanya soalan yang sama pada saat ini, maka itulah juga jawapan saya.

Kelab Poligami
, suami untuk di kongsi, bukan untuk direbutkan.
Khusyuk saya membaca rencana tersebut pada akhbar beberapa minggu yang lalu. Membaca kata - kata dan kisah - kisah mereka (wanita) yang ditakdirkan Allah untuk hidup bermadu. Keesokan harinya, isu yang sama turut dibicarakan dalam rancangan Wanita Hari Ini. Pengasas kelab ini, Ummu Sofwah, dan Ustaz Zawawi, lecturer di UIA antara yang dijemput bagi mengulas isu ini.

"Kelab ini ditubuhkan bagi menyediakan satu bumbung kepada wanita yang hidup bermadu, mengingatkan mereka bahawa hidup bermadu adalah untuk mentaati Allah dan Rasul," itulah jawapan yang diberikan oleh Ummu Sofwah apabila ditanya tentang objektif penubuhan kelab ini.

"Seorang wanita perlu merasakan dirinya bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk dinaungi oleh payung emas di akhirat kelak.Bukan semua wanita yang layak memilikinya," begitulah antara kata - kata yang diberikan oleh Ustaz Zawawi.

Saya hanya tersenyum mendengar jawapan mereka. Senyum kosong.

Ramai yang memberikan pendapat tentang penubuhan Kelab Poligami ini (termasuklah Menteri Pembangunan Wanita yang pernah mengadakan kempen satu suami, satu isteri). Saya sendiri mempunyai pendapat berkenaan kelab ini.

Saya melihat penubuhan kelab ini sebagai sesuatu yang positif, menyediakan wadah buat wanita yang bermadu (insyaallah, semoga mereka dinaungi dengan payung emas di akhirat kelak) untuk bersama berkongsi cerita, pengalaman pahit manis berkongsi suami serta saling nasihat - menasihati dan memperingatkan di antara satu sama lain.

Saya pasti tidak mudah untuk seorang wanita berkongsi insan yang mereka sayangi (suami). Pasti tidak sedikit airmata yang dititiskan (Wanitakan ada 9 emosi dan 1 akal). Tapi mereka akur, kerana kepatuhan kepada Rabb itulah adalah di dalam suka mahupun duka.

" Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (An Nisa: Ayat 3)

Saya yakin dan percaya bahawa setiap yang disyariatkan dan ditetapkan oleh Allah itu ada hikmahnya, tanpa perlu dipertikaikan lagi. Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Adil itu meletakkan 'kelebihan' (baca TANGGUNGJAWAB) kepada kaum Adam yang dikurniakan 9 akal. Tanyalah pada akal itu, apakah diri ini mampu berlaku dan apakah niat di hati ingin menambah 'permaisuri' di hati? Akal yang waras dilandasi iman yang benar di hati, insyaallah tidak akan tersasar.

Perkahwinan dan kehidupan bermadu bukan hanya kenikmatan dunia, bahkan akan turut diadili di akhirat kelak. Sebagai pemimpin keluarga, lebih ramai tanggungan di dunia, lebih besar persoalan di akhirat kelak. Sekiranya tanggungjawab sebagai itu digalas dengan baik dan penuh beramanah, insyaallah, pasti besar dan berganda ganjaran daripada Allah s.w.t. Tetapi andaikata sebaliknya, maka...fikir - fikirlah...

Insyaallah, semoga setiap Baitul Muslim yang dibina dimulakan dengan niat yang ikhlas keranaNya, seterusnya di kurniakan 'mawaddah wa rahmah' di dunia dan akhirat.

BAITI, JANNATI =)


Bismillahirrahmanirrahim

Friday, August 21, 2009

Ajaran sesat..

Bismillahirrahmanirrahim

"Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.

"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"

Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".

Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Al Maidah: ayat 117 - 120)

Alhamdulillah, itulah ayat terakhir tadabbur saya malam itu..Saya membaca maksud ayat tersebut berulang - ulang kali. Hati terasa sayu mendengar jawapan Nabi ALlah Isa yang menidakkan pertanyaan Allah itu..Tidak, Nabi Isa tidak pernah mengaku dirinya sebagai Tuhan dan tidak pernah pula menyuruh orang lain menyembahnya.

Pada masa yang sama, saya teringatkan tentang satu ajaran sesat yang sudah lama tidak disiarkan di dada akhbar. Namun, 'kepala'nya masih bebas ke sana ke mari..

AYAH PIN, hamba yang mengaku bahawa dialah yang memiliki kerajaan langit..

Video Ayah Pin

Saya termenung panjang mengingatkan tentang ajaran - ajaran sesat. Bagaimana seorang manusia biasa boleh mengaku dirinya sebagai Tuhan langit dan bumi, merelakan dirinya disembah manusia lain. Sedangkan nabi Allah pun tidak pernah mengaku diri mereka tuhan manusia..

Dan yang lebih saya pelik dan hairan, ramai pulak pengikut mereka, bahkan ada sesetengah mereka adalah golongan professional..

Mungkin juga mereka semua ni ada 'psychiatric problem' (masalah mental)...

Mungkin juga mereka di sihir..

Penat saya berteka teki..Tapi mungkin bukan itu jawapannya. Apatah lagi penyelesaiannya.

Sungguh, Al Quran dan As Sunnah itulah penyelesaiannya. Dekatkan diri dengan Allah s.wt. Amalah fardhu jangan kita alpakan. Amalan sunat pula, kita suburkan dalam kehidupan seharian. Teruskan berdoa kepada Allah, agar ditetapkan hati ini di dalam ketaatan kepada Allah.

"Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati, tetapkanlah hati ini di atas Deen dan ketaatan kepadaMU"

Dan ingatlah..
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman"
(Al An'an: ayat 125)