Saturday, January 8, 2011

catatan hati..28 dec 2010

Bismillahirrahmanirrahim..

Air mata mengalir..
Mendengar kata - kata insan yang ikhlas berjuang di jalanNya..
Mengingatkan diri bahawa, aku mesti menjadi seperti mereka
Meneruskan perjuangan, tanpa mengira usia, tanpa mengira masa,
walau diri penat dan lelah..
Keluarga bukan penghalang..

Air mata mengalir..
Mengingatkan diri di hari - hari yang lalu..
Apakah yang dilakukan
Andai diri tidak berada di jalan ini..
Ya Allah, nikmatMu kusyukuri..
Engkaulah Ya Allah,
yang membuka jalan ini kepada diri ini..

Air mata mengalir,
takut akan kecundang dari jalan ini,
takut aku lupa yang diri ini akan jalan yang pernah di lalui..


Ya Allah,
Kau ingatkanlah diri ini,
bahawa hari ini aku berjanji
Hingga ke akhir hayat ini
akan ku abdikan diri ini kepadaMu,
Akan kuteruskan langkah di dalam perjuangan ini
ku harapkan syahid di jalan ini..

Saturday, December 18, 2010

kawen...

Bismillahirrahmanirrahim...

Teringat pada soalan seorang sahabat ketika di hospital..

"So, when are you going to get married?"

Shocked with the question, I replied,

" Don't u have a better question to ask?"

That was my only answer..


Pada usia sebegini (i'm not that old anyway), memang susah untuk mengelak daripada ditanya tentang rumahtangga. Memang susah untuk saya menjawabnya..

Tipu untuk saya katakan bahawa hati ini tidak terdetik melihat teman - teman semua mendirikan rumahtangga dengan pasangan mereka. Memang fitrah Allah menjadikan manusia itu hidup berpasangan. Nabi Adam ketika di syurga Allah yang penuh nikmat itupun menginginkan Hawa untuk hidup bersama di syurga. Saya pun sama. Punyai fitrah yang sama..

Jauh disudut hati, ingin benar menjadi seperti Ummul Mukminin, Saiditina Khadijah. Memberikan Kasih sayang dan kesetiaan buat suami yang tiada tolak bandingnya. Di kala semua manusia menolak Rasulullah, dialah yang setia di sisi baginda, membelanjakan segala harta untuk dakwah suami tercinta. Khadijah, di kenang rasulullah, walaupun jasad sudah tidak lagi di sisi baginda.

Bukan tidak tahu pada kelebihan hidup berumahtannga. Besarnya pahala dan ganjaran ibadah mereka yang sudah mendirikan rumahtangga. Menikah itu sunnah Rasulullah dan rasulullah suka akan umatnya yang mengikuti sunnahnya. Menikah juga melengkapkan sebahagian daripada iman. Subhanallah, besar ganjaran Allah bagi mereka yang sudah mendirikan rumahtangga. Tipulah sekiranya saya mengatakan bahawa saya tidak mengiginkan semua itu..

Tapi, saya harus mendidik hati, mengingatkan diri bahawa berkahwin itu bukan hanya kerana indahnya hidup bersama insan yang tersayang, bukan hanya kerana melihat sahabat - sahabat lain sudah mendirikan rumahtangga. Tapi perkahwinan merupakan satu ibadah, jalan untuk mendekatkan diri kepada Rabbul Jalil..

Berkahwin, bukan mudah. Amanah, tanggungjawab, kasih sayang semuanya perlu dilunaskan kerana Allah. Hidup seorang diripun tidak pernah lari daripada masalah, apatah lagi bila hidup berdua, bertiga, berempat (hingga ke seberapa banyak yang mungkin :)), sudah pasti banyak lagi benda yang perlu difikirkan.

Mungkin Allah tidak menjadikan perkahwinan sebagai salah satu jalan untuk saya mendekatkan diri kepadaNya (at the moment, insyaallah), saya yakin Allah akan membuka jalan lain untuk saya beribadah kepadaNya. Sayalah yang perlu mencari dan terus mencari jalan untuk meraih cinta Illahi.

"Wahai orang - orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya), dan berjihadlah di jalanNya agar kamu beruntung" (Al Maidah: ayat 35)

YA Allah, jangan sesekali Kau tarik nikmat Islam yang Engkau kurniakan pada diri ini,
dan berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk terus berjihad di jalanMu,
Seandainya Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati ini sebagai syuhada' di jalanMu..
Ameen ya Rabbal A'lamin..

Friday, December 10, 2010

Munajat kepada Allah

Munajat antara hamba dan Allah..
Allah telah berfiman, “Aku telah membahagikan surah Al fatihah untukKU dan untuk hambaKU menjadi dua bahagian, dan AKu akan mengabulkan apa yang hambaKU pinta.”
Apabila hambaNya membaca: Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “HambaKu telah memujiKU”

Apabila hambaNya membaca: Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “HambaKu telah memujiKU”

Apabila hambaNya membaca: Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “ HambaKU telah mengagungkanKU. Lalu Allah berfirman sekali lagi, “HambaKu telah memasrahkan urusannya kepadaKu”

Apabila hambaNya membaca: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “ Inilah urusan antara Aku dan hambaKU, dan Aku akan mengabulkan apa yang hambaKU pinta”

Apabila hambaNya membaca: Tunjukilah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Allah akan membalasnya dengan berfirman: “Ini adalah untuk hambaKU dan dia akan mendapatkan apa yang dia pinta.”

Saturday, November 27, 2010

ZEN n ZOUQ

bismillahirrahmanirrahim





will tell the story later on, but insyaallah, this is my new exploration..

Eat like a bird, poop like an elephant :)

Wednesday, November 17, 2010

Tuesday, November 9, 2010

3: 169 - 171

Bismillahirrahmanirrahim..

Buat sahabat - sahabat yang berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, tidak kira di mana kalian berada..
INsyaallah, semoga kita tidak akan pernah lari daripada medan dakwah ini, walaupun kepayahan yang terpaksa kita lalui. Sesungguhnya, perjuangan ini, bukanlah kita yang memulakannya, dan bukan pula kita yang akan mengakhirinya. Hanyalah kita, sebagai mata rantai, penyambung perjuangan warisan para nabi dan rasul. Allah sudah pasti tidak memerlukan kita untuk menegakkan agamaNya, tetapi kitalah yang memerlukan Allah dan perjuangan ini pada setiap masa dan ketika, agar kita bisa beroleh redhaNya di akhirat kelak. Kerana manisnya syurga!

Hadith sahih menurut Hakim, di riwayatkan oleh Ahmad, Abu dawud, Hakim, dan Tirmidzi

"Ibnu Abbas menjelaskan bahawa satu saat, Rasulullah s.a.w bersabda, " Allah telah menjadikan ruh saudara - saudaramu yang gugur di medan Uhud berada dalam rongga burung berwarna hijau yang berada di pinggir sungai di syurga. Burung itu memakan buah - buahan syurga, kemudian bertengger di atas lampu - lampu yang diperbuat daripada emas yang tergantung di bawah 'Arsy. Saat mereka telah mendapat makanan, minuman, dan tempat tidur yang menyenangkan. mereka berkata, " Jika saudara kita yang masih hidup di dunia mengetahui apa - apa yang Allah berikan kepada kita, mereka tidak akan meninggalkan jihad di jalan Allah dan tidak akan lari dari medan perang," Lalu, turunlah ketiga ayat ini:


"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman" (AliImran:169 - 171)

Perjuangan ini, sama ada kita beroleh kemenangan dan menegakkan agama Allah, atau kita syahid di jalanNya, insyaAllah!