Saturday, October 2, 2010

Puasa

Bismillahirrahmanirrahim..

Bila puasa, selalu rasa lapar (especially bila bukan di bulan ramadhan), kalau kene gastritis (layman term: gastrik)memang pedih sangat sangat, rasa macam perut kene hiris je..kadang tu pernah juga rasa nak berbuka, tapi alhamdulillah, Allah bagi juga kekuatan untuk puasa sampai waktu maghrib, Alhamdulillah..

Tapi, bila pikir-pikir semula, memang itulah hikmah disebalik pensyariatan puasa.

1. Allah nak kita rasa bagaimana peritnya hidup orang yang tak ada makanan.
Kita rasa lapar bila berpuasa, sedangkan puasa hanya beberapa jam, paling lama puasa i.e waktu summer di UK pun dalam 17 jam, tapi cuba bayangkan orang yang tak ada makanan, orang yang betul betul miskin,yang tak mampu beli makanan, saudara - saudara kita di Africa, di Palestine. Berapa lama mereka terpaksa berlapar. Sehingga terpaksa menadah air kencing lembu untuk diminum.



Dalam kita berpuasa, bukan sahaja Allah nak kita rasa peritnya hidup dalam kelaparan, tapi Allah nak kita bersyukur dengan rezeki yang kita dapat setiap hari. Bersyukur dengan makanan yang kita makan 9dan juga nikmat - nikmat yang lain). Bersyukur pada Allah Ar Razzaq. Bukan sahaja kita bersyukur, malah sedekahkan rezeki yang kita pada orang lain. 'Ambil' sifat Ar Razzaq Allah itu dan tanamkan dalam diri kita. Tak ada orang yang pilih untuk hidup dalam kelaparan, tapi itulah nasib mereka (unless pada orang yang boleh berusaha, tapi malas nak berusaha). Anggaplah kesusahan hamba Allah yang lain sebagai jalan untuk kita beramal dan memberi kepada mereka kerana Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). (Az Zariyat: ayat 16-19)




2. Allah nak kita jadi orang yang bertaqwa

Bila duduk di luar negara, memang banyak pengalaman ketika berpuasa. Kadang - kadang tu bila doctor ajak lunch or tea sama-sama, kena menolak
"Tqvm, but I'm fasting today"..
Macam - macam reaksi diorang bagi, ada yang cakap I'm sorry, ada juga yang buat muka, cakap menyeksa diri, tak dapat terima ada agama yang suruh penganutnya berlapar dan dahaga. Saya hanya tersenyum. Menghormati pandangan mereka.
Saya pilih untuk tidak makan dan minum walaupun makanan dan minuman ada di sekeliling. Biarpun orang tak nampak kelebihan berpuasa, tapi saya yakin bahawa apa yang disuruh oleh Allah ada hikmahnya. Ketaatan kepada Allah itu bukan hanya ketika kita senang, tapi dalam susah pun kita perlu taat kepada perintah Allah.


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al baqarah: ayat 183)


Bila dengar azan Maghrib....

Alhamdulillah, gembira, sebab dapat habiskan 1 hari puasa (rasa macam budak - budak baru belajar puasa pun ada ;P), gembira sebab boleh makan. Tapi bukan hanya gembira kerana dapat berbuka, tapi insyaallah, gembira kerana ibadah puasa yang dilakukan adalah satu jalan untuk kita menatap bertemu dengan Allah di akhirat kelak. Alhamdulillah, keletihan berpuasa di gantikan Allah dengan 2 kegembiraan :)

"Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, dapat bertemu Allah di akhirat nanti." - (Riwayat At-Tirmizi).


Proud to be a muslim :)
Alhamdulillah, rasa syukur sangat bila dapat berpuasa. INsyaallah, semoga Allah menerima amalan puasa yang dilakukan. Insyaallah, bila berpuasa dapat menghampiri diri pada tingkatan taqwa, dapat dekatkan diri dengan Allah dan pada masa yang sama, dapat menjadikan diri lebih bersyukur dan 'empathy' pada nasib orang lain. Puasa, wajib ataupun sunat, memang amalan yang banyak ganjarannya, tak perlu saya sebutkan di sini, try haji google, mesti ada je blog - blog yang tulis tentang kelebihan puasa. Tinggal kita je yang nak puasa ataupun tidak. Tepuk dada, tanya iman!

Sunday, August 29, 2010

summer's lesson 4: dakwah pada keluarga

Bismillahirrahmanirrahim

1. adegan masa buka puasa.

Watak utama: saya (che' sue) dan kakak (niece, 6 years old)
Watak sampingan: Kak chik (kakak saya), abang ipar (papa kakak, suami kak ngah)

Kakak: Kenapa che' sue selalu pakai tudung. Dalam rumah pun pakai tudung..

Che' sue: (Terkedu mendengar soalan kakak)..yela, pakai tudung ni hobi che' sue. Sebab tu Che' sue pakai tudung selalu. hobi kan benda yang kita selalu buat

Kakak: ooo. Hobi saya drawing, hobi papa sleeping, hobi cik cik pun sleeping. sebab papa dan cik cik selalu sleeping

Monolog Dalaman...
Mujurlah kakak tak tanya lebih. Tapi jauh di sudut hati ni, sedih sebab tak dapat nak ceritakan pada kakak kenapa che' sue pakai tudung bila papa dia ada kat rumah. Takut nanti kakak tanya pulak, kenapa aunty dia yg lain tak pakai.

-----------------------------------------------------------------------------------

2. adegan masa try baju raya :)

Watak utama: kak ngah dan Adik (saya)

Kak Ngah: Adik pakai la tudung fashion2 skit, kan muda lagi ni. Ni tak, nampak macam orang tua..

Adik: (terdiam seketika), tak retila nak pakai tudung belit - belit ni, Nantila adik belajar

Monolog dalaman..
I know I look older than my age + my elder sisters + i'm the ugly duckling of the house, but I seek Allah's pleasure in what I wear. As long as I think He is happy with the way I dress up, I'm happy with myself too.
Mmmm, Do I really2 look old? Any sincere thoughts?

-------------------------------------------------------------------------------

Bila duk rumah cuti ni, memang teringat sangat pada kisah nabi Ibrahim a.s. berani menyatakan kebenaran di hadapan keluarga dan kaum baginda, biarpun akhirnya baginda ditentang (surah Al anbiya: ayat 52 - 71). Malu dengan diri sendiri, mulut terkunci nak menyatakan kebenaran di depan keluarga tersayang, sedangkan mereka peluang dakwah yang paling baik dan paling dekat dengan diri sendiri...

Selalu terfikir, macam mana nak ceritakan perkara yang sebenar dan memberikan kefahaman tanpa menyinggung perasaan ahli keluarga sendiri...
Have U any ideas? I'm glad to hear from U...

Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah dan hina ini..
Bantulah aku untuk terus tsabat di jalan ini dan istiqamah dalam amalanku
Bantulah aku untuk membawa keluargaku bersama - sama mengenali dan mentaatiMU di setiap langkah kehidupan ini..
Amin ya Rabb.........

Wednesday, August 18, 2010

summer's lesson 3

Bismillahirrahmanirrahim

3. meow meow...

shebbie dan baby suka tengok kucing liar kat rumah.
Ma pula suka bagi makan kat kucing kucing liar tu. Bila buka pintu dapur mesti kucing - kucing datang.
Petang tu sempat tolong ma masak untuk lunch, ma asingkan tulang ikan dengan isi ikan.

" Kenapa tak bagi seekor terus ikan tu kat kucing? Lagi senang,,"

Ma jawab..." Eh, tak elokla, kucing tak boleh makan tulang ikan yang besar, nanti tercekik la kucing tu. kat akhirat nanti, Allah tanya kenapa siksa kucing?"

Gulp....

Kadang tu kita tak sedar, dalam kita buat kebaikan, ada perkara zalim yang kita lakukan

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada menzalimi dan di zalimi, ameen ya Rabb

summer's lesson 2

Bismillahirrahmanirrahim..

2. On being independent
* bangun pagi, kadang - kadang ma tolong gosokkan tudung untuk attachment
* breakfast dan air madu ma buatkan pagi - pagi sebelum pergi attachment
* pergi attachment kt UMMC, abah yang drivekan almost every morning, pergi just 1 hour, abah tunggu kat UM,,if balik petang balik dengan bas
* balik rumah, lunch dah masak, tahu makan dan basuh pinggan sendiri je
* tahun ni agak miskin dan overbajet, ada perbelanjaan yang ma tolong bayarkan

antara contoh kebergantungan pada ma dan abah time summerni. ade few other lagi, tak campur minta tolong pada along, kakngah dan kak cik..

kadang tu rasa sedih jugak sebab usia dah suku abad, tapi tak mampu nak buat semua benda sendiri. Walaupun setiap tahun bila balik summer berazam untuk jadi lebih independent.. :(..

but, looking back at those things,makes me realise that this is not a matter of being independent or not, but it is all about love. I never asked them to do all these for me, but they do these because they really2 love me unconditionally, all the times :)..

thank you ma abah and beloved siblings. No words can describe how much i love you..No matter how fast time flies, I will always be your little adeqsue..mmmuuuuuuuuuuahhhhhhhhh

O Allah, I'm blessed with your loves. Thank you Allah

Monday, July 26, 2010

summer's lesson 1

Bismillahirrahmanirrahim..



1. Lesson from a niece

Che' sue (me): Shebie, (twin niece, 20 months old) ambik botol susu tu. Che sue nak basuh

Kakak (kakak shebie) : Che Sue, cakapla please bila minta adik ambikkan botol susu tu..

Che Sue: (Gulp... ), tq kakak..please, shebbie :)

Kakak is only 6 and I am proud of her..

Malu sebab kene tegur dengan anak sedara sendiri, tapi gembira :)

Monday, June 28, 2010

Subhanallah..

Bismillahirrahmanirrahim...





these are awesome and gorgeous..
and i really2 miss to draw and colouring back..

Monday, June 14, 2010

silver anniversary ..

Bismillahirrahmanirrahim...

Happy birthday Itnay :)..

Tuhan,
Sebagaimana Engkau menghidupkan aku dalam nikmat Islam
Kau teruskanlah sisa kehidupan yang masih berbaki ini di dalam nikmat Islam
tetap terus mengabdikan diri kepadaMu
Dan matikanlah aku di dalam Islam dan iman
Matikanlah aku sebagai syuhada' yang berjuang untuk agamaMu


Buat ma dan abah, along, kakngah dan kakchik
Terima kasih atas segalanya
Atas pengorbanan dan kesabaran melayan kerenah adik
Semoga Allah mengeratkan lagi kasih sayang antara kita
Hingga kekal ke syurga

Tuhan,
Terima kasih atas segalanya..