Bismillahirrahmanirrahim..
Air mata mengalir..
Mendengar kata - kata insan yang ikhlas berjuang di jalanNya..
Mengingatkan diri bahawa, aku mesti menjadi seperti mereka
Meneruskan perjuangan, tanpa mengira usia, tanpa mengira masa,
walau diri penat dan lelah..
Keluarga bukan penghalang..
Air mata mengalir..
Mengingatkan diri di hari - hari yang lalu..
Apakah yang dilakukan
Andai diri tidak berada di jalan ini..
Ya Allah, nikmatMu kusyukuri..
Engkaulah Ya Allah,
yang membuka jalan ini kepada diri ini..
Air mata mengalir,
takut akan kecundang dari jalan ini,
takut aku lupa yang diri ini akan jalan yang pernah di lalui..
Ya Allah,
Kau ingatkanlah diri ini,
bahawa hari ini aku berjanji
Hingga ke akhir hayat ini
akan ku abdikan diri ini kepadaMu,
Akan kuteruskan langkah di dalam perjuangan ini
ku harapkan syahid di jalan ini..